Perspectives and Expressions

Wednesday, January 13, 2010

life in technicolor..

3 hari tak boleh access internet..aku ingatkan streamyx yang problem..tapi bila aku check semula cable connection pada modem tadi, rupa-rupanya ada orang yang cabut line cable dan salah masuk cable lain..cis..

semalam aku menghadiri kelas amali memandu 3 jam..nasib aku dan izzi sungguh baik kerana kami mendapat seorang driving instructor yang sangat cool dan kelakar..jadi, seluruh pembelajaran semalam jadi menarik dan tidak bosan..

semenjak zaman persekolahan berakhir, semakin banyak perkara-perkara baru yang aku temukan dan lalui..ruang dunia aku semakin meluas..aku tidak lagi berada di dalam ruang kecil seperti yang aku mahu cuba keluar dahulu..mempunyai jiwa seorang traveller memang memerlukan ruang kehidupan yang luas..kerana aku sentiasa dahagakan adventure, sesuatu yang baru, aku ingin explore segala apa yang aku mampu dan segala apa yang ada dalam dunia ini..dan maksud aku disini ialah, aku ingin menemukan dan meng-explore sesuatu yang positive..hidup ini singkat sahaja..jadi, aku bertekad, selagi aku masih bernafas, aku ingin mencari pengalaman sebanyak yang mungkin untuk aku potretkan di dalam kehidupan aku..kerana aku tahu, jika aku tidak berbuat demikian, bilamana keadaan aku sudah tidak lagi mengizinkan, aku akan menyesal kerana tidak mewarnai kehidupan aku ketika aku masih mampu..kehidupan ini boleh diibaratkan seperti warna putih..ia terpulang kepada kita bagaimana kita mahu mencorakkannya..dan yang pastinya, aku tidak mahu mewarnakannya hanya dengan hitam dan putih..

don't be so afraid of changes..

itu salah satu prinsip yang aku pegang dalam hidup aku..kita harus berani mengambil risiko dalam hidup..sebenarnya, risiko itu sentiasa wujud di sekeliling kita..risiko berada dimana-mana saja, di segenap ruang kehidupan kita..ia sentiasa berada disisi kita selagi kita masih hidup..sedar ataupun tidak, kita sentiasa lalui hari-hari kita dengan risiko..risiko juga wujud dalam setiap pilihan yang kita lakukan dalam hidup kita..tiada istilah choices without risks..semuanya terpulang pada diri kita sama ada kita sanggup untuk mengambil risiko tersebut mahupun tidak..


if you never try you'll never know..

aku gemar berfikiran begitu bila datang soal tentang kehidupan..and when you have tried your best in something you do or something you chose in life, you'll have to start to believe..believe in what you do, believe in every choices you have made, believe in yourself..everything starts with believing..for me, most things in our life happens correspondingly to what we think towards our life and our beliefs..and, do you agree with me that it was belief that made the world today..?

tetapi buat masa ini, apa yang paling aku ingin percayakan adalah tentang keputusan SPM aku..aku mahu percaya bahawa aku akan dapat keputusan seperti yang aku inginkan..dan aku memang percayakannya..insya-Allah..kepercayaan disertakan dengan doa, insya-Allah akan menjadi kenyataan..


wallahualam bissawab
..

No comments: