Perspectives and Expressions

Friday, August 13, 2010

Mungkin Harus Pergi..

seperti baru tersedar dari mimpi,
dan menyedari bahawa,

maybe, after all these years, i've bleed for nothing..
and now i feel like a fool..

a fool who doesn't have the chance to express his love and feelings towards the one he loves..

a fool who lets his heart to be torn and ripped apart..

*senyum pahit

Thursday, August 12, 2010

Khuatir..

Adakah ini satu lagi ujian buatku..?
Atau satu lagi kesilapanku dalam memilih langkah..?

Berikanlah aku petunjuk-Mu wahai Tuhanku yang Maha Mengetahui Segalanya,

Agar kutahu apa yang sebenar-benarnya yang harus kulakukan,
dan agar kutahu kemanakah langkahku ini harus pergi..

Aku tidak lagi mahu tenggelam dan lemas di dalam kekeliruan dan kekhilafanku..

Hanya Kepada-Mu..

Dan setiap kalinya aku melihat kedalam sepasang matanya itu, hatiku berbisik,

"Ya Allah, inilah antara ciptaan-Mu yang terindah dimana engkau telah menyemai perasaan cinta dalam diriku terhadap dirinya, engkau telah mengurniakan aku sebuah perasaan kasih dan sayang terhadapnya sekali gus mewujudkan keinginan dalam diriku untuk membimbing dan melindungi dirinya."


Begitu hebat perasaan yang telah engkau kurniakan kepadaku ini, Ya Allah,
Sebuah perasaan bagiku, yang amat mendalam dan bermakna dan tidak terungkapkan.

Engkau telah menjadikan hatiku ini sekeping hati yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Alhamdulillah, syukur diatas kurniaan-Mu itu Ya Allah.

Namun, buat sementara waktu ini, aku masih tidak berpeluang untuk meluahkan kepadanya.

Buat masa ini, hanya kepada-Mu lah aku meluahkan rasa itu.
Hanya kepadamu aku mengadu, merayu, dan berdoa, Ya Allah.
Hanya kepadamu, Ya Allah.
Hanya kepada-Mu.

Berikanlah kepadaku Ya Allah, suatu kekuatan dan ketabahan diri agar aku upaya untuk menempuhi segala kemungkinan yang bakal aku lalui di masa hadapan. Kurniakanlah yang terbaik untukku. Amin.