Perspectives and Expressions

Sunday, January 31, 2010

Crosswind Landings..



insya-Allah, if i succeed in acheiving my dream job, i would love to try to perform that kind of landing one day..but of course, only if there's a crosswind during the approach to the runway..if not, i would probably get myself killed..

Tuesday, January 26, 2010

Friday, January 22, 2010

yang tidak boleh ditukar ganti dengan apapun jua di dunia ini..

hari ini adalah satu lagi hari yang baik..selepas solat jumaat tadi ada perjumpaan bersama beberapa orang kawan di McDonald's..ada gelak tawa dan bual kosong yang sudah lama semua orang tidak nikmati bersama sejak berakhirnya zaman sekolah..hari ini semua orang gembira, semua orang ketawa, semua orang menikmati waktu mereka dengan bercerita dan bergambar..






insya-Allah kau dapat, Amir..kalau dapat, aku & Afiq boleh makan free burger lah kan..?




muka takde makwe..




saja try..

nota untuk amir :
terima kasih banyak aku ucapkan kerana belanja aku, afiq, dan munir makan tadi..dan aku sudahpun menunaikan janji aku pada kau..mudah-mudahan kau lulus dengan cemerlang pada esok hari..insya-Allah..all the best to you, my friend..

Tuesday, January 19, 2010

If our mind can conceive it, and our heart can believe it, we know we can achieve it..

you see, our mind is like a magnet..a magnet of life..our mind is so powerful because it has the ability to attract anything and everything around us into our life..if you always think about good things in your life and your heart believes in what you think or say, you will surely attract good things to happen in your life..

and if you keep thinking negatively about your life, beware! because the tendency for negative elements to come into your life is very high..things always happen like we think, my friend..when we think about something, whether it's positive or negative, it's like we're asking for it to happen..


pernah tak lalui situasi dimana kita sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak melakukan kesilapan, but eventually end up with making a lot of mistakes yang kita sangat berharap kita tidak melakukannya..? pernah tak kita terfikir, it's because of we kept thinking about that mistakes, that's why it happened..

that is why we have to becareful when we think about life..
our mind holds the most crucial key to our success, happiness and, achievement in life..

aku pasti semua orang pernah dengar lagu 'Fikirkan Boleh' kan..? mari kita lihat liriknya :

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

lihat dalam lirik tersebut, ada diselitkan tentang minda dan kepercayaan bukan..? setiap apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi kehidupan kita..

jujur aku ingin katakan pada semua disini, sebelum ini, aku hidup penuh dengan ragu-ragu dalam setiap perkara yang aku lakukan, aku paranoid, dan takutkan pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti..

hasilnya..?
setiap apa yang aku lakukan dengan rasa ragu-ragu, tidak berakhir dengan begitu baik :(


tetapi, dalam beberapa bulan yang lepas, aku mulai sedar dan terfikir, 'kenapa semua yang aku takutkan semuanya menjadi..?' dimana salah dan silapnya..? apa yang terjadi, semuanya berada dalam fikiran aku..walaupun sebenarnya aku berharap dan sentiasa memikirkan agar ia tak akan berlaku, tapi akhirnya ia tetap berlaku..aku terfikir lagi, 'adakah ia disebabkan oleh apa yang aku fikirkan..?'

jadi, aku mula bertekad ingin merubah segala pemikiran aku..aku buka minda aku seluas-luasnya..aku mula berfikiran sentiasa positif dan optimis dalam kehidupan seharian..

dan yang paling penting, aku mula meningkatkan kepercayaan aku..kepercayaan pada diri aku sendiri..aku percaya pada peluang diri untuk berubah dan merubah hidup aku..aku percaya bahawa kebaikan akan sentiasa datang dalam hidup aku..kepercayaan yang juga disertakan dengan ikhtiar..dan yang paling penting, aku percaya dan yakin kepada Allah S.W.T akan membantu aku dalam usahaku ini..

dan Alhamdulillah syukur yang tak terhingga pada Allah S.W.T, tidak lama selepas itu, usaha aku mula menampakkan hasil..segalanya kelihatan mula berubah..satu demi satu kebaikan datang dalam hidup aku tanpa disangka-sangka hingga ke hari ini! semuanya terasa sungguh ajaib, apa yang aku fikirkan benar-benar telah mula menjadi realiti..sungguh hebat rasanya..apa yang harus kita lakukan hanyalah dengan memikirkannnya, yakin, dan percayakannya..kita yang harus menguasai minda bukan minda yang menguasai kita..

kawan, mahulah aku ingatkan disini bahawa,
aku bukanlah berkata-kata kosong di ruangan ini..
tidak, aku tidak akan mengatakan semua ini jika aku tidak pernah mengalaminya..
apa gunanya dan dimana baiknya jika aku katakan semua ini jika aku tidak melaluinya..?
mengatakan semua ini tanpa pengalaman..? bodohlah aku jika aku berbuat demikian..
aku telah melaluinya sendiri dan aku ingin kongsikan semuanya disini..
aku fikir, ia adalah sesuatu yang baik dan ada baiknya jika aku kongsikan kebaikan itu dengan semua orang..


currently, everything is just so smooth and beautiful..
Thank You, Allah..

Friday, January 15, 2010

watch at your own risk..

sekarang pukul 02:06 pagi dan aku baru saja habis tonton Paranormal Activity..

tak banyak yang aku ingin katakan..

cuma, bagi sesiapa yang masih belum tonton cerita tersebut, aku nasihatkan janganlah tonton cerita tersebut diwaktu tengah malam atau berseorangan, atau tengah malam+berseorangan..because this movie may be extremely disturbing for some of you..

Thursday, January 14, 2010

aktiviti diluar normal..

i just finished downloading Paranormal Activity..dan sengaja aku mahu tontonnya pada waktu tengah malam, berseorangan..

walaupun jelas tertulis disitu "Don't See It Alone"

Wednesday, January 13, 2010

unexpected event..

pada jam 16:00, waktu persekolahan adik aku yang bongsu tamat..kebiasaannya, emak aku yang akan mengambilnya pulang ke rumah..tetapi pada hari ini, itu tidak berlaku..kerana, tepat pada jam 16:04 lengan kanan emak aku tiba-tiba pula cramp..jadi, sudah tentulah emak aku tak boleh drive kereta untuk menjemput adik aku pulang..

jadi, apa yang aku angankan sejak dari tahun lepas telah menjadi kenyataan pada hari ini..aku dapat drive Suzuki Swift emak aku!! oh yeah! haha dan ha! "along pergi sorang lah ambil adik..", dalam hati aku pada waktu itu, "yes! finally!"..hehe..

this is what my mom used to say,
"don't ever dream about driving my car until you pass your driving license.."

but apparently,
it does not require driving license for my dream to came true..

life in technicolor..

3 hari tak boleh access internet..aku ingatkan streamyx yang problem..tapi bila aku check semula cable connection pada modem tadi, rupa-rupanya ada orang yang cabut line cable dan salah masuk cable lain..cis..

semalam aku menghadiri kelas amali memandu 3 jam..nasib aku dan izzi sungguh baik kerana kami mendapat seorang driving instructor yang sangat cool dan kelakar..jadi, seluruh pembelajaran semalam jadi menarik dan tidak bosan..

semenjak zaman persekolahan berakhir, semakin banyak perkara-perkara baru yang aku temukan dan lalui..ruang dunia aku semakin meluas..aku tidak lagi berada di dalam ruang kecil seperti yang aku mahu cuba keluar dahulu..mempunyai jiwa seorang traveller memang memerlukan ruang kehidupan yang luas..kerana aku sentiasa dahagakan adventure, sesuatu yang baru, aku ingin explore segala apa yang aku mampu dan segala apa yang ada dalam dunia ini..dan maksud aku disini ialah, aku ingin menemukan dan meng-explore sesuatu yang positive..hidup ini singkat sahaja..jadi, aku bertekad, selagi aku masih bernafas, aku ingin mencari pengalaman sebanyak yang mungkin untuk aku potretkan di dalam kehidupan aku..kerana aku tahu, jika aku tidak berbuat demikian, bilamana keadaan aku sudah tidak lagi mengizinkan, aku akan menyesal kerana tidak mewarnai kehidupan aku ketika aku masih mampu..kehidupan ini boleh diibaratkan seperti warna putih..ia terpulang kepada kita bagaimana kita mahu mencorakkannya..dan yang pastinya, aku tidak mahu mewarnakannya hanya dengan hitam dan putih..

don't be so afraid of changes..

itu salah satu prinsip yang aku pegang dalam hidup aku..kita harus berani mengambil risiko dalam hidup..sebenarnya, risiko itu sentiasa wujud di sekeliling kita..risiko berada dimana-mana saja, di segenap ruang kehidupan kita..ia sentiasa berada disisi kita selagi kita masih hidup..sedar ataupun tidak, kita sentiasa lalui hari-hari kita dengan risiko..risiko juga wujud dalam setiap pilihan yang kita lakukan dalam hidup kita..tiada istilah choices without risks..semuanya terpulang pada diri kita sama ada kita sanggup untuk mengambil risiko tersebut mahupun tidak..


if you never try you'll never know..

aku gemar berfikiran begitu bila datang soal tentang kehidupan..and when you have tried your best in something you do or something you chose in life, you'll have to start to believe..believe in what you do, believe in every choices you have made, believe in yourself..everything starts with believing..for me, most things in our life happens correspondingly to what we think towards our life and our beliefs..and, do you agree with me that it was belief that made the world today..?

tetapi buat masa ini, apa yang paling aku ingin percayakan adalah tentang keputusan SPM aku..aku mahu percaya bahawa aku akan dapat keputusan seperti yang aku inginkan..dan aku memang percayakannya..insya-Allah..kepercayaan disertakan dengan doa, insya-Allah akan menjadi kenyataan..


wallahualam bissawab
..

Friday, January 8, 2010

there's gotta be something for my soul somewhere..

God gave us a pair of legs to walk,
a pair of hands to hold,
a pair of ears to hear,
and a pair of eyes to see..
but why God gave us only a piece of heart..?
because God has given the other piece of our heart to someone else for us to find it..

keep walking, keep searching, don't stop believing..

Wednesday, January 6, 2010

late night post..

January 6th 2009

hari ini semuanya baik..bangun pagi, sarapan, dan hadir ke kelas..kelas berjalan dengan lancar..banyak aktiviti yang dilakukan..tidak bosan, tidak mengantuk..memang itu yang aku mahu dan harapkan setiap kali aku hadir ke kelas..oh dan cikgunya ceria dan menarik, membuatkan keadaan bertambah baik..Takahiro Miyazaki, 47, salah seorang daripada classmate aku, orangnya friendly..sifat biasa yang terdapat dalam diri orang-orang yang datang dari negara matahari terbit itu..


hari ini juga aku telah menduduki ujian undang-undang..dan aku lulus, begitu juga dengan naqiu dan izzi..tahniah untuk kita bertiga..

sekarang hari-hari aku makin padat dengan aktiviti..kelas, lesen memandu dan lesen motor dan weddings..sepatutnya, sabtu dan ahad ini aku harus ke ampang bersama seorang kawan untuk shoot wedding..tetapi aku terpaksa batalkan oleh kerana pada hari tersebut aku harus menghadiri bengkel kelas memandu..

dan untuk esok, aku tidak punyai apa-apa aktiviti..apa yang harus aku buat untuk mengelak rasa bosan..? pergi sekolah..?

kalaulah aku masih bersekolah lagi....

Saturday, January 2, 2010

2010..

can't wait to see what's next :)