Perspectives and Expressions

Thursday, December 31, 2009

hari ini aku melihat ke belakang sejenak untuk aku terus ke hadapan..

hari ini hari terakhir bagi tahun 2009..
hari terakhir dalam setahun selalu membuatkan aku berasa gloomy..

seperti biasa, seperti tahun-tahun yang sebelumnya, inilah hari dimana aku akan merenung dan mengenang kembali tentang apa yang aku telah lalui sepanjang tahun ini..tahun 2008 dan 2009 bagi aku, banyak persamaannya..kedua-dua tahun ini adalah tahun yang jika boleh, aku mahu padamkan kebanyakan memori-memori peristiwa yang berlaku..2 tahun yang paling teruk yang aku pernah lalui..2 tahun yang amat menguji kesabaran dan hidup aku..namun aku tetap berjaya menempuhinya dengan selamat..aku bersyukur..

aku melihat cuaca diluar sungguh suram..tidak sedikit pun membantu aku mengubah suasana yang gloomy ini..seolah-olah mood aku telah mempengaruhi cuaca hari ini..

2010 bakal menggantikan 2009 tepat pada jam 00:00 malam ini..dan aku masih lagi tidak mempunyai azam tahun baru..mungkin disebabkan pada pandangan aku, azam itu adalah sesuatu yang boleh dimanipulasikan..azam tahun baru tidak akan kekal lama..kerana bagi aku, azam kita sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan dan situasi kita..

masih ada lagi beberapa jam sebelum 2009 melangkah pergi..dan aku menghabiskan sisa-sisa 2009 dengan melihat foto-foto yang terdahulu dan mengingat kembali tentang apa yang aku telah lalui dalam masa 2 tahun yang betul-betul menekan aku..

memang terlalu banyak perkara yang aku ingin betulkan..banyak peristiwa yang aku ingin elakkan daripada berlaku..namun tiada apa yang aku mampu lakukan untuk mengubah apa yang sudah tertulis dalam takdirku..apa yang aku mampu lakukan hanyalah belajar dari segala kesilapan dan kekalahan aku dan menjadikannya sebagai panduan hidup di masa hadapan..

kita sentiasa berharap dan percaya bahawa tahun baru akan membawa banyak kebaikan kepada kita..

jadi, jangan berhenti berharap..
don't stop believing..because things happen like we think..

Thursday, December 24, 2009

oh, by the way..

sekarang baru aku faham mengapa engkau begitu..
tidak hairanlah kau bersikap dingin dengan aku..

semuanya kini sudah jelas..
aku sudah faham mengapa engkau begitu dan begini..


jadi, sekarang ini aku biarkan saja..
aku sudah malas..

back to normal..

finally, i am myself again..

although i'm still having slight feeling of "something wrong somewhere", i've discover something that may explain why i'm feeling such way..

the answers were actually just right in front of my eyes..
it is in my room..i look at it everyday..but i realized nothing until yesterday..

and when i started to realized it, all my past memories and everything came across my mind..everything started to make sense..everything is now clear..it explained me every single thing that has happened to me..


and now i know what should i do..

Tuesday, December 22, 2009

something wrong somewhere..


pernah tak rasa seperti ada sesuatu yang tak kena tapi tak tahu apakah ia..?
sangat tidak menyenangkan perasaan itu..

the uneasy feelings makes you lose focus in every work you do..
it makes you feel there is always something wrong somewhere but you have no idea what it is..

when you don't know what caused you to feel that way, what would you do..?

sudah masuk 4 hari aku memiliki perasaan ini..tetapi bila aku lihat dan fikir balik, semuanya okay saja..tiada apa yang kelihatan yang tidak mengena..tetapi entahlah mengapa aku tetap merasakan seperti ada sesuatu yang tak mengena..

dan perasaan itu sangat kuat dirasai di dalam hati..

till now, i can't figure out what's wrong and what caused me to feel this way..
but i know, there must be a reason for this..

to anyone who read this post, please give me your opinion..if anyone out there have the answer, please let me know..

Tuesday, December 15, 2009

what a boring day..

ah..aku tak pernah sangka cuti akan menjadi sesuatu yang amat membosankan..

i want to do something adventurous..

last sunday, went to Shah Alam to shoot wedding photos with a friend of mine..
had a great time photographing the lovely couple..
my friend let me used his camera since my camera is now 'sick'..

my DSLR is now still at the Nikon service center..
got a call from the center this morning..they informed me that the total amount charged is RM414..
didn't expect such a simple shutter error would cost that much..

right now i really miss that black object..
i really miss to capture the beautiful moments of life..

life is beautiful my friend..

Friday, December 11, 2009

Wednesday, December 9, 2009

selamat hari jadi~

semoga kamu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan semoga kamu dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat..insya-Allah..

selamat menyambut hari kelahiran yang ke-17, Sharifah Nadia :)
and may Allah bless you..amin..

mok-mok :p bam-bam;p

Tuesday, December 8, 2009

dan sekarang berakhirlah hari-hari yang dulu kita selalu rungutkan itu..

jujur aku kata, sewaktu pengawas peperiksaan mengumumkan bahawa masa untuk menjawab sudah tamat, apa yang aku rasa hanyalah kekosongan..

aku tak mampu untuk tertawa besar seperti sesetengah orang lain yang merasa gembira dan bergelak tawa..aku cuba, tapi aku tak mampu..tak mampu untuk memaksa diri untuk melakonkan perasaan yang bukan perasaan aku yang sebenar..

memang adalah suatu kelegaan apabila SPM sudah tamat..tetapi disebalik kelegaan itu, terdapat suatu perasaan yang kuat yang melebihi perasaan lega itu..aku sedih sebenarnya..sedih untuk meninggalkan semuanya begitu saja..

kawan, kini, kita telahpun meninggalkan alam persekolahan..dan meninggalkan alam persekolahan itu bermakna, kita meninggalkan segala tentangnya di belakang..seragam sekolah yang dipakai bertahun-tahun lamanya kini tiada lagi gunanya..semuanya kini menjadi sebuah kenangan yang akan dipotretkan selamanya dalam hidup kita..

dulu, kita sering rungutkan tentang sekolah kan..?
kadang-kadang rasa mahu saja ponteng sekolah pun ada kan..?
tetapi, bila difikirkan balik, terasa bodoh bukan..?

sekolah, tempat yang mengajar kita erti tentang hidup, persahabatan, percintaan, pengorbanan, dan segalanya kini telah kita tinggalkan..

sangat menyedihkan apabila kita harus menerima kenyataan bahawa semua itu tidak akan berulang lagi..

Monday, December 7, 2009

freedom..?

bagi kebanyakan calon SPM, terutamanya bagi pelajar aliran sains, mimpi ngeri mereka bakal berakhir esok..

tetapi, benarkah SPM itu sebuah mimpi ngeri kepada kita..?
bagi aku, tidak..pada pandangan aku, SPM adalah sesuatu yang indah..ya, mungkin SPM memberikan kita tekanan, ketakutan, kepayahan dalam membuat persediaan untuk menghadapinya dan segala rasa yang tidak menyenangkan..aku tidak menafikan semua itu kerana aku juga merasainya..

tetapi kawan, dalam hidup ini SPM hanya sekali..keseronokan dan keterujaan kita menghadapi SPM hanyalah sekali..kerana, keseronokannya hanya dapat dirasai pada kali pertama kita menghadapi SPM..tidak mungkin kita akan teruja untuk SPM yang kali kedua..

memandangkan esok adalah hari terakhir bagi pelajar aliran sains, sudah semestinya the word 'freedom' or 'free' sedang berlegar-legar di dalam ruang fikiran mereka..tiada lain yang difikir melainkan perancangan semasa cuti..akan tiada lagi sekolah..say goodbye to school..no more school after this..

" at last, i am freeeeeee!! "

masing-masing tidak sabar untuk bebas..

but, think again my friend..freedom..?
kita bebas dari apa sebenarnya..?
what is " freedom "..?
how do you define " freedom "..?

kalau kita kata kita bebas sekarang, tidak bermakna kita akan bebas di masa hadapan..kita hanyalah bebas dari alam persekolahan dan timbunan-timbunan beban kerja sekolah..di masa hadapan, tiada siapa yang tahu apa yang bakal kita hadapi..

jadi, sekarang, wujudlah persoalan yang baru..
apakah yang menanti di hadapan..?
apakah yang bakal berlaku..?
apa pula selepas ini..?

fikiran kita masih tidak bebas bukan..?
terlalu banyak persoalan yang timbul dan ianya tidak tertulis oleh aku disini..

Wednesday, December 2, 2009

ibu..

ibu..
aku rindukan dia..

semalam dia hadir dalam mimpiku..
aku rindukan ibu..

sudah lama aku tidak bertemu dengannya..
aku rindukan saat aku tertawa dengannya..

ibu, razi rindukan ibu.......

:''(