Perspectives and Expressions

Saturday, February 28, 2009

masih ingat lagi Teater-Rama..? sebuah memori yang untuk disenyumkan..

aku yakin semuanya masih ingat..ini adalah memori..sebuah memori peristiwa yang merapatkan lagi silaturahim kita..sebuah memori yang menyatukan kita semua..sebuah memori yang tak akan mungkin terpadam..Teater-Rama..









mak teh & afiq..


mak teh yang celik IT..

aku & dyrah..

sebuah memori yang mengigatkan kita kepada senyum dan tawa yang lalu..

kita putar masa ke belakang sedikit, kita lihat memori yang lalu..

ini memori bahagia yang tak dapat ditukar-ganti dengan dengan apa-apa pun dalam dunia ini..
sesuatu yang akan kekal sampai mati.. :









aku, nadia & afiq..


suatu hari nanti, memori ini pasti membangkitkan rasa rindu pada zaman sekolah..

Friday, February 27, 2009

jumaat; hari yang aku rasa paling relaks sekali..

ah..jumaat tiba lagi..lega rasanya..

aku rasa hari jumaat lah hari yang paling best bagi semua orang..
ataupun bagi pelajar-pelajar yang masih lagi di alam persekolahan..

dah seminggu aku tak update blog ni..
tiada masa..busy aja..hal sekolah, tusyen, itu dan ini..
tapi sebab utamanya adalah SPM..
jadi, kebanyakan masanya aku mengejar balik apa yang aku terlepas dulu..

ini dia ringkasan tentang peristiwa yang berlaku dalam masa seminggu..
aku mulakan dari hari ahad..


Ahad :
satu-satunya bestfriend aku accident..aku orang pertama yang tau tentangnya..dia datang ke rumah aku dalam keadaan berdarah-darah..aku dan umi aku bawanya ke klinik..

Isnin :
masa dalam kelas tusyen bahasa inggeris, aku belajar sesuatu yang baru tentang hidup..

Selasa :
aku tidak hadir ke sekolah kerana ada sesuatu yang terjadi pada malam sebelumnya..

Rabu :
cikgu math di tempat tusyen aku panggil aku cap ayam..sebabnya aku pakai baju brand Cap Ayam®

Khamis :
aku terkunci di dalam toilet sekolah bersama 3 lagi pelajar yang lain..sebab ramai sangat pelajar yang tak sabar2 nak masuk toilet..jadi kakak yang jaga toilet tu kunci terus pintu toilet tu..

masa waktu maghrib pulak, entah hantu mana yang tumbuk pintu toilet bilik aku masa aku tengah mandi..walhal time tu aku sorang je..tengah2 aku mandi tu, "dum!", bunyi pintu toilet aku kena tumbuk..buat tak tau sudah lah..paham2 jelah kan..

Jumaat :
waktu solat jumaat tadi, orang yang sembahyang sebelah aku adalah Yaasin(yang dulunya anggota kumpulan nasyid Brothers)..dan aku dapat katil baru..


itu saja setakat ni..

beres..

Saturday, February 21, 2009

boring day..

dua perkataan saja yang sesuai untuk menerangkan tentang hari ni; bosan, penat..


sesat hampir 2jam mencari lokasi yang aku rasa kalau aku sebutkan tentu ramai yang tak pernah tahu tentang kewujudannya..


mata kuyu, jadi berat setelah berjam-jam memfokus pada segala objek dan subjek melalui viewfinder..


terperangkap dalam hujan di tengah2 ibu kota..
suasana sungguh gloomy..
membangkitkan segala rasa yang membuatkan aku diam, menung..
silence..


menuju ke kelana jaya dengan LRT..
dari situ aku lihat ibu kota yang sibuk pada siangnya bertukar menjadi kota cahaya bila malamnya..
cantik..


100km/j di highway..
ingin cepat sampai ke rumah..
mahu langsaikan hutang aku dengan tuhan dan ingin terus lelapkan mata hilangkan segala penat..


dan,
filzah..sorry tau aku cakap macam tak betul sikit tadi..
aku terlalu penat..

pejamkan matamu, tenangkanlah dirimu..

lepas zuhur, bakal shooting birthday party di K.L untuk satu family ni yang langsung aku tak kenal..

harapnya semua berjalan lancar..insya-Allah..

Friday, February 20, 2009

kalaulah..

itu ke yang kau katakan..?
betul itu yang kau kata..?

tak apa, aku akan pastikan apa yang sebenarnya..

Thursday, February 19, 2009

refresh..

kondisi aku neutral..
terkawal..

namun kadang-kadang, ada waktunya dengan sendirinya perasaan itu refresh kembali yang menyebabkan aku merasa agak terganggu..

dalam diam aku jadi marah,
hilang fokus seketika..
hati rasa bagai ditikam bertalu-talu..

kesan racun perasaan hati yang membunuh itu masih lagi kuat terasa..
cuma ia datang menyerang sekali sekala saja..

aku cuma mahukan silence sekarang ni..

alangkah bagus kalau aku di tepi pantai sekarang ni..
boleh dengar bunyi ombak sambil baring kira bintang di angkasa sampai mata lelap..

Sunday, February 15, 2009

Happy Birthday Abah!

Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan abah~
Allah selamatkan abah~

selamat menyambut hari lahir abahku..semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, dan dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan..(:

bersempena dengan hari lahir abah ni, along ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga diatas pengorbanan abah kepada along selama ni..

along tahu, tiada apa yang abah harapkan untuk membalas segala budi dan jasa abah melainkan hanya sebuah kejayaan dari along..

untuk merealisasikan impian abah, along akan mencuba yang terbaik dan akan terus mencuba hingga along dapat mengecapi kejayaan itu..insya-Allah..mudah2han Allah memberkati usaha along..

mungkin suatu hari nanti abah akan bergambar dengan along di dalam cockpit..
insya-Allah..

selamat hari lahir, abah..
Allah selamatkan kamu..

amin..

oyeh!

PC aku sudah sihat semula! yee-ha!

Friday, February 13, 2009

orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, aku tuliskan entri ini..

Februari 12 2009, 20:30

lepas dah sesat sekejap mencari rumah Pn. Zuraidah, akhirnya jumpa jugak rumah beliau..aku ambil tusyen fizik dengan beliau..tadi cuma ada dua orang saja yang hadir untuk tusyen fizik form 5..biasalah awal2 tahun ni tak ramai lagi..lagipun cikgu tu baru sangat pindah kawasan kota damansara ni..

tusyen tadi sangat best..sebab aku faham cara cikgu ajar..dan memang aku akui cara dia mengajar memang berlainan dari cikgu2 yang lain..maklumlah beliau seorang guru fizik yang berpengalaman 12 tahun dalam mengajar fizik..tambah2 lagi beliau ni penanda kertas SPM..lagi lah hebat!

bagi aku, Pn. Zuraidah ni adalah seorang guru yang amat bagus..sangat rugilah kalau sesiapa yang lepaskan peluang untuk belajar dengan beliau..itu pendapat aku lah kan..pendapat orang lain tak tahu la pula aku..maklumlah lain orang, lain pendapatnya kan..tapi, apa yang terlukis di mata aku, Pn. Zuraidah memang adalah seorang guru yang bagus..rugi kalau kita tak hargai pengorbanan seorang guru..


Februari 12 2009, 22:30

kelas habis..naqiuddin meng-offerkan dirinya untuk menjemput aku di rumah cikgu sambil2 nak kenal yang mana satu rumah cikgu memandangkan pada minggu depan naqiuddin pun akan turut serta tusyen fizik sama aku..

lepas aja fetch aku kat rumah cikgu tu, kitorang pergi ke sec4..masing2 nak topup phone..credit aku tinggal kurang dari 20sen dan naqiu pun sama..tapi malangnya topup dah habis..ah, esok ajalah..dan kami ke destinasi yang seterusnya, subaidah..dua2 kering kontang tekak asyik bercaaaaakap aja..


Februari 12 2009, 23:22

masih di subaidah..tiba2 phone bunyi..oh, sms dari afiq marzuki..

"sejarah sudah siap?"

adusss! lupa daa..belum siap lagi..aku lupa, dia pun lupa..tapi nasib baik dia sms aku..dan nasib baik juga kerja sejarah tu hanya kena fotostat dari buku teks..jadi takdalah risau sangat..so, kitorang minum cepat2, balik rumah aku jap ambik buku teks sejarah dan pergi fotostat..selesai kerja..


Februari 12 2009, 00:02

kitorang duduk2 lepak2 kejap dalam kereta kat depan pagar rumah aku..masing2 bualkan tentang hidup dan apa yang dilalui baru2 ni..macam2 cerita lah yang keluar..memang itulah kitorang berdua kalau dah jumpa..mesti ada punyalah cerita-ceriti..

mostly sekarang ni kitorang banyak cakap tentang priority kitorang berdua tahun ini..apa lagi kalau bukan SPM kan..? kesedaran, semangat dan keinginan untuk merasa kemanisan sebuah kejayaan..semua rasa itu berkobar-kobar dalam diri..memang betul seperti yang dijangkakan aku pada tahun lepas..bila kita dah masuk form5 nanti semuanya akan berubah..dan memang betul..ia memang benar2 terjadi..

tiada lain yang aku nampak sekarang ini..hanya matlamat dan tujuan aku..


Februari 12 2009, 00:20

masuk rumah..tengok t.v kejap..baring2 rehat2..masih tak mengantuk dan tak ingin tidur..


Februari 12 2009, 01:30

on laptop..aku taipkan entri ini..sambil buat latihan fizik..


Februari 12 2009, 02:35

aku tuliskan ayat ini..entri aku untuk pagi ini dah beres..aku mahu beri tumpuan pada latihan fizik aku pulak..


beres..

Thursday, February 12, 2009

pada suatu hari, ada ayam diatas pokok..

hari ni semuanya okay..semuanya lancar..

bermula dengan ceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM oleh En.O.Thuraiveloo yang sangat berpeluh masa dia tengah bagi ceramah..berpeluh hingga sebahagian daripada baju kemejanya jadi transparent..haha..

tapi walaupun berpeluh, cara dia bagus! dan aku memang kagum dengan teknik yang dia ajar kitorang tadi..memang berkesan! insya-Allah 'A' Bahasa Melayu kalau guna teknik yang dia ajar tu..

dalam 2jam lebih macam tu, ceramah selesai..


dan hari ni, seperti hari semalam, seperti dua hari sebelum ni dan seperti semalam punya semalam punya semalam, kalau boleh, dia nak satu alam dengar dia bersin..haish..bikin kaget aja..

kalaulah ada orang yang sakit jantung dalam kelas tu, mau mati orang tu dek terkejut dengar bunyi bersin..mati sebab dengar bunyi orang bersin..tak penah dibuat orang tuh..

oh, teringat pulak pasal ayam serama kat atas pokok rumah dyrah tu..hairan jugak aku..buat apalah ayam tu duduk kat atas pokok tu lama2..? kan bagus kalau dia menyerah diri kat KFC tu..boleh jugak buat ayam goreng serama..apa nama dia tu..? Omar eh..aisyah bagi nama kat ayam tu Omar..hmm..ayam islam ey..? hehe..

ni gambar Omar tu :

introducing, Omar..

selesai..

Wednesday, February 11, 2009

foto-foto yang dulu-dulu..

ni masa form3 dulu2..teringat PMR..

haha..zmah ngan syaqira..

diorang bertiga ni dah takde dah..dah takde sebab diorang dah pindah sekolah lain..
dari kiri : acap london, engku safwan, naim macho..


ni gambar tahun lepas punya..yang berdiri : amin & afiq..
yang duduk : aku..

Tuesday, February 10, 2009

intro..

lagi sekali, aku buat blog baru..dan aku rasa yang inilah yang akan berkekalan sampailah aku dewasa nanti..insya-Allah..