Perspectives and Expressions

Wednesday, January 6, 2010

late night post..

January 6th 2009

hari ini semuanya baik..bangun pagi, sarapan, dan hadir ke kelas..kelas berjalan dengan lancar..banyak aktiviti yang dilakukan..tidak bosan, tidak mengantuk..memang itu yang aku mahu dan harapkan setiap kali aku hadir ke kelas..oh dan cikgunya ceria dan menarik, membuatkan keadaan bertambah baik..Takahiro Miyazaki, 47, salah seorang daripada classmate aku, orangnya friendly..sifat biasa yang terdapat dalam diri orang-orang yang datang dari negara matahari terbit itu..


hari ini juga aku telah menduduki ujian undang-undang..dan aku lulus, begitu juga dengan naqiu dan izzi..tahniah untuk kita bertiga..

sekarang hari-hari aku makin padat dengan aktiviti..kelas, lesen memandu dan lesen motor dan weddings..sepatutnya, sabtu dan ahad ini aku harus ke ampang bersama seorang kawan untuk shoot wedding..tetapi aku terpaksa batalkan oleh kerana pada hari tersebut aku harus menghadiri bengkel kelas memandu..

dan untuk esok, aku tidak punyai apa-apa aktiviti..apa yang harus aku buat untuk mengelak rasa bosan..? pergi sekolah..?

kalaulah aku masih bersekolah lagi....

3 comments:

Ema Razali said...

tahniah , lulus ujian ^_____^

Enigma said...

wah, orang jepun. Susah nak buat kawan kalau orang tu tak abih2 guna perkataan F*ck.

Razi said...

Ema - trimas Ema :)

Afiq - betul tu afiq..