Perspectives and Expressions

Friday, October 23, 2009

tahukah apa ujian yang terhebat bagi seseorang lelaki..?

perempuan..

kerana perempuan mampu membuatkan even lelaki yang paling kuat di dunia hancur hatinya..

oh this is crazy..

untuk menjaga hati dia, aku yang sakit..

aku tahu ini kedengaran bodoh..
but seriously, aku tak suka sakitkan orang..

Thursday, October 22, 2009

aku lelaki itu dan kau perempuan itu..

aku benar-benar berharap pada suatu hari nanti kau akan faham..
mungkin buat masa ini kau masih terlalu buta untuk melihatnya..

engkau menganggap aku ni sebagai apa..? kayu..? patung permainan kau..? video games kau..?
sesuka hati kau memperlakukan aku tanpa memikirkan hati dan perasaan aku..?

oh perempuan,
akulah lelaki yang berdiri dengan kau dikala seluruh dunia cuba untuk menjatuhkan kau..akulah lelaki yang bersama dengan kau tidak mengira susah ataupun senang..akulah lelaki yang menyambut setiap titis air mata kau setiap kali kau meluahkan rasa hati kau kepadaku..dan akulah lelaki yang mengangkat kau kembali setiap kali kau terjatuh..

aku lelaki itu..

sometimes..

sometimes, semua yang aku mahu lakukan hanyalah berbaring sambil merenung butir-butir bintang pada langit yang bagaikan manik-manik yang bertaburan pada hamparan kain hitam..

dan aku ingin menceritakan segalanya-galanya pada bintang-bintang diatas sana yang terus-menerus memancarkan sinarnya yang menerangi malam aku..

"asal tak 'W' ?"

kalau kau mahu, kau pergilah..aku tak menghalang..

Wednesday, October 21, 2009

Sunday, October 18, 2009

selalu mengalah..

aku penat..mengapa aku yang harus selalu mengalah..?

Saturday, October 17, 2009

you never even see me, do you..?

atau aku yang terlalu baik sehingga membiarkan kau memijak aku..?

Thursday, October 15, 2009

Venus, kaulah yang terindah..

Venus,
engkau adalah antara ciptaan Maha Esa yang terindah di dunia ini..
keindahan engkau yang terlalu hebat sering membuai hati dan perasaan ini..

Venus,
kecantikan rupamu adalah anugerah Sang Pencipta yang tak terhingga..
bagiku, engkaulah yang paling sempurna, engkaulah yang paling berharga..

Venus,
engkau menduduki tempat yang teristimewa dalam hatiku..
namamu sentiasa menjadi nyanyian laguku..

Venus,
kewujudan engkau di dunia ini hanyalah satu..
jauhnya engkau berbatu-batu, namun dalam hati ini engkaulah yang satu..

Venus,
aku berani bermimpi untuk memiliki hatimu..
kerana aku tahu tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu..

Wednesday, October 14, 2009

sedaya upaya, aku cuba..

ah..sudah lama aku tidak blogging..sekarang baru aku ada perasaan untuk blogging..

SPM sudah semakin hampir..it is just a matter of time..persimpangan jalan hidup..hala tuju, masa hadapan, siapa diri kita yang sebenarnya, semuanya akan ditentukan di persimpangan ini..persimpangan yang akan merubah segalanya..for better or worst, it is in our hand..

inilah titik permulaan hidup..titik permulaan hidup yang aktual..kawan, sedarlah bahawa this is just the beginning..

aku tak kata hidup sebelum ini adalah hidup yang sebenarnya kerana tak semua perkara kita decide sendiri..

walaupun aku ini sudah terlalu terbiasa dengan independence dan dalam kebanyakan hal aku yang hadapi sendiri, masih lagi aku tidak dapat untuk mengatakan bahawa aku tidak bergantung kepada parents aku..

namun semua itu akan berubah tidak lama lagi..kita akan menjadi seseorang yang fully independence..dan skrip kehidupan kita akan ditulis oleh diri sendiri..

we are about to find out what and how the real world is..
selama ini dunia kita terlalu kecil..terbatas oleh dinding-dinding dan bumbung-bumbung rumah dan sekolah..perjalanan kita yang terhad bakal menemui penghujungnya..selepas ini dunia kita akan tiada lagi hadnya..dunia akan bebas untuk diterokai..

dengan keadaan dunia yang semakin kejam pada zaman ini, mampukah kita survive..?
life is tough..
life is hard..
the world is cold, cruel, and merciless..
the world will always against us..
semuanya bergantung kepada cara kita menerima dan menghadapinya..