Perspectives and Expressions

Saturday, March 28, 2009

earth hour..

i wonder if whats happening to me in the past few months until now is an early stage symptoms..
according to the people that have already experienced it, they said it is an early stage symptoms..
but i hope not..

about the earth hour,
i can see most people are talking about it..

so, switch off your lights and lets give the earth a break for one hour shall we..?

Wednesday, March 25, 2009

all by myself..

looks like i'm on my own..
always...on my own...

Tuesday, March 24, 2009

rasa..

i had a bad day..

aku hidup dalam dunia yang aku tidak nampak warnanya..

apa yang aku buat semanya tidak mengena..

aku tak tahu macam mana nak jelaskan atau luahkan perasaan aku ni..
jika aku boleh pun, mungkin tiada yang akan memahami..
aku sudah tak tahu apa lagi yang harus aku lakukan..
semuanya menemui jalan mati..

Sunday, March 22, 2009

aku tak tahu tajuknya..aku cuma tahu isinya..

aku hanya mampu menahan rasa..
aku hanya mampu diam dan memendam perasaan sebenar jauh di sudut hati ini..

tiada siapa yang faham tentang apa yang terjadi kepada aku..
tiada siapa yang tahu tentang apa yang aku lalui..
tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang aku rasai..

seperti biasa, aku hanya mendiamkan diri
membiarkan hati berbicara sendiri..

pada suatu sudut itu, tiada apa yang wujud..
hanya kekosongan..

Saturday, March 21, 2009

aku pulang..

4 hari berada di pulau pangkor..

aku tak tahu nak kata apa tentang 4 hari aku di pangkor..
aku agak kurang menikmati percutian aku selama 4 hari tu..

berenang dalam laut yang menghijau,
berenang dalam pool di hotel,
bersantai di tepi pantai,
bermain dengan pasir pantai,
menaiki bot mengelilingi pulau-pulau yang indah,
makan ikan bakar yang fresh..

semuanya tak kena..aku rasa kosong..aku tak tahu mengapa..aku tak tahu apa sebenarnya yang aku cari..

aku tak tahu apa sebenarnya masalah aku..

Friday, March 13, 2009

aku terima semua itu..

*hela nafas lega*

exam sudah habis, minggu depan cuti..rehat sekejap..


minggu ni, selama seminggu aku menahan diri daripada menyakiti seseorang atau mungkin akan menyebabkan dia menangis..kalau nak diikutkan hati ni, mahu saja aku balasbalik apa yang dilemparkan dan ditujukan kepada aku olehnya..ya, aku sebenarnya sangat2 mahu jawab dan balasbalik setiap apa yang dinyatakan itu..tapi bila aku fikir tentang perasaannya, aku batalkan saja niat aku tu..walaupun aku sendiri sangat2lah sakit hati dengan apa yang dinyatakannya..aku simpan aja rasa tu..macam biasalah, aku yang sakit sebab aku tak mahu orang lain sakit..

tambahan pula minggu ini adalah minggu gembira untuknya..jadi, aku malas nak spoil minggu dia..

ya aku tahu, aku pernah buat silap..aku sedar aku tak sesempurna kau mahupun dia dan dia..kan..? kau boleh berbangga dengan itu..kau boleh bangga2kan itu kepada orang..kau boleh bergembira dengan itu semua..tapi itu tak bererti kau boleh fikir dan berkata apa saja macam aku ni tiada perasaan, macam aku ni tiada jiwa..

oh ya..mungkin aku ni tak sesempurna kau dan dia kan..? jadi, aku yang tak sempurna dan tak sebagus itu, boleh dikritik dengan apa2 aja dan boleh dipijak2 macam tu saja..dan semuanya tentang kau, kau dan kau..sentiasanya tentang kau..segalanya tentang kau..tiada masa untuk kau fikirkan selain daripada diri kau sendiri kan..? aku faham..dan aku terima kelemahan aku sendiri..aku tak menyalahkan kau..aku yang tak sempurna..

tapi percayalah, aku ada jawapan bagi setiap ayat daripada penyataan kau..kalau kau fikir aku tiada jawapan untuk penyataan itu, kau silap..boleh saja jika aku mahu jawab balik semua itu..tapi, aku biarkan saja..aku diamkan saja..

aku tak tahu dan aku tak faham apa motif kau buat penyataan itu..sedangkan aku sendiri disini sudah berada dalam tahap neutral dan sedang melupakan semua itu..aku terima apa yang terjadi dalam hidup aku..dan aku tak ganggu hidup siapa2 pun..aku disini dengan hidup aku sendiri..

*hela nafas berat*

biarlah..
apa boleh aku buat..
semuanya salah aku kan..?
kan..?
kau yang betul..
kau yang sentiasa betul..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


jadi, minggu depan dah cuti..dapatlah rest2 sekejap..tapi rest rest jugak..study tak boleh lupa oh..SPM maa~ haha

minggu ni tak banyak yang berlaku di sekolah..cuma exam saja..tapi kan, kadang2 aku rasa macam aku dekat zoo bila aku kat sekolah tu..haha..sebabnya, ada2 je orang yang jerit sana sini, melalak, meraung..

tapi, walau apa2pun, aku tetap sukakan sekolah aku..aku tetap happy dengannya..:) sekolah itulah yang aku akan kenang bila aku dah dewasa nanti..

selamat bercuti semua..:)

Sunday, March 8, 2009

kau..

kau..
ya, kau..

Saturday, March 7, 2009

ujian Allah untuk abah..

semalam, masa aku balik sekolah, aku nampak umi aku ada kt depan pintu sekolah..pelik..kenapa umi datang jemput aku..? biasanya aku balik jalan kaki aja..

rupa2nya umi jemput aku sebab nak terus pegi hospital..abah dah seminggu demam tak sembuh2 lagi..semalam dan dua hari lepas keadaan abah teruk sangat..dua hari abah MC..aku balik rumah terus pack barang2 yang perlu, lepas tu terus b'tolak ke hospital..

13:03 06 Feb 09

aku yang masih lagi dengan pakaian sekolah b'tolak ke hospital..keadaan abah nampak teruk..abah pening..suhu badan panas mendadak..abah nak jalan pun aku kena pimpin semalam..aku pergi hospital dengan pakaian sekolah..tak sempat pun nak salin pakaian..solat jumaat pun t'paksa aku tinggalkan..sebab keadaan abah dh teruk sangat dan memang kena bawa ke hospital secepat yang mungkin..


13:26 06 Feb 09

aku sampai di hospital apa nama entah aku dah lupa..yang aku tahu dulu nama hospital ni ialah Selangor Medical Center, Shah Alam..tp skrg ni dh tukar nama..sesampainya di klinik kecemasan, aku turun ambil wheelchair utuk abah..aku bawa abah masuk ke dalam..sementara umi dan adik2 aku pergi parking kereta..


16:25 06 Feb 09

hampir 3 jam menunggu..akhirnya abah aku masuk wad..walaupun dah booking wad awal2, tapi patient yg sebelumnya masih belum keluar lagi..jadi t'paksa tunggu lama sikit untuk tunggu patient tu keluar..


keadaan agak kelam kabut semalam..pakaian pun bawa yg mana sempat ambil aja..pagi tadi balik rumah dengan umi kejap..kemas2 rumah ambil pakaian baru dan balik semula ke hospital..

alhamdulillah hari ni keadaan abah baik sedikit berbanding dengan semalam..abah dah tak nampak lesu sangat mcm semalam..doktor pun kata abah semakin okay..dlm beberapa hari lagi boleh la balik kot..

aku taktau nak tulis apa lagi..
cuma aku harap abah cepat sembuh..

amin..