Perspectives and Expressions

Monday, March 29, 2010

senyuman plastikmu..

senyuman plastikmu,
menggambarkan betapa dirimu penuh dengan kepalsuan..

kau mencipta berbagai kepalsuan dalam hidupmu..

kau kelihatan hebat dalam bermain kata,
kata-katamu yang disertakan dengan air mata,
air mata yang tidak mempunyai apa-apa makna..

nice with the fake tears, lady..

suaramu yang menggoda,
digunakan untuk memujuk rayunya,
dan siapa-siapa yang mendengarnya juga pasti akan tunduk kepada kehendakmu..

sudahlah wahai perempuan plastik..

lepaskanlah sahabatku itu..
tidak cukupkah dengan neraka yang kau berikan kepadanya selama 2 tahun..?

jiwanya telah kau hancurkan,
hatinya juga telah kau hancurkan..
cukuplah setakat itu..

janganlah pula kau hancurkan hidupnya..

perempuan plastik,
hentikanlah kegilaanmu..

Friday, March 19, 2010

Fusion Excel™ : Quantum Science™

Assalamualaikum semua..

dalam entri kali ini, saya meWAJIBkan kepada siapa-siapa yang membacanya supaya membuka minda dan fikiran..

janganlah menjadi seorang yang narrow minded dan cepat membuat konklusi bahawa apa yang anda semua bakal lihat dibawah ini adalah syirik dan khurafat semata-mata..

terang-terang tajuk entri ini saya tuliskan Quantum Science™..jadi, apa yang anda semua lihat nanti, memang ada logical & scientific explanation..

ingat, apa yang kita tidak nampak itu tidak semestinya tidak wujud..

untuk memahami segala apa yang tertulis disini, anda harus baca dan tonton setiap video yang saya telah upload-kan ke dalam entri ini..baca sampai habis, tonton sampai habis..kemudian baru buat konklusi..

baiklah, saya akan terus ke isi utama entri ini..

tuan-tuan dan puan-puan,
objek ini dikenali sebagai Quantum Pendant™ :

Type 1, Plain..(original)

Type 2, Bling-Bling (suitable for women)..tapi, untuk lelaki pun apa salahnya, bukan..?


sekarang, biarlah saya ceritakan dahulu tentang apakah sebenarnya Quantum Pendant™ ini..

Quantum Pendant™ adalah salah satu produk daripada Fusion Excel™(link)..dan pendant tersebut adalah berasaskan bahan galian dan diperbuat daripada volcanic lava..tak percaya..? mari kita bertemu dan saya akan tunjukkan kepada anda..

tahukah anda bahawa batu/lava yang diperolehi daripada gunung berapi mengandungi lebih dari 70 unsur tenaga bahan mineral..? itu adalah satu kuantiti tenaga yang cukup banyak..dan tenaga tersebut ada dan tersimpan di dalam Quantum Pendant™..tenaga ini adalah kekal..

tenaga yang dimaksudkan itu adalah Tenaga Skalar atau dalam bahasa inggerisnya, Scalar Energy..

What Is Scalar Energy..?(Reference Link)

Quantum Pendant™ memiliki dan menyimpan dan juga menghasilkan Tenaga Skalar yang dapat memberi cukup banyak kebaikan kepada tubuh badan kita sekali gus mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang lebih baik dan sihat..

Quantum Pendant™ memang kelihatan seperti pendant biasa pada mata kita..tetapi sebenarnya, ia memancarkan Tenaga Skalar di sekelilingnya..

Tenaga Skalar adalah tenaga yang positif..

tuan-tuan dan puan-puan,
apa yang saya ingin beritahu adalah, cukup banyak kebaikan dan kesan positif dapat diperolehi melalui Tenaga Skalar..

antara kebaikannya terhadap kesihatan adalah :

-Mengurangkan radang
-Menghalang pengelompakan sel-sel badan
-Memudahkan peredaran sistem badan
-Meningkatkan sistem imun dan sistem endokrin
-Meningkatkan tahap nutrien sel-sel serta proses ditoksifikasinya
-Menambahkan tahap penyerapan sel
-Meningkatkan tenaga badan
-Mencegah kerosakan DNA
-Melambatkan proses penuaan
-Membantu melawan sel-sel kanser
-Memperkuatkan lapangan bio badan (Bio-field)
-Melindungi anda daripada kesan negatif yang dihasilkan oleh EMF(Electro-Magnetic Fields)
-Meningkatkan tahap konsentrasi dan penumpuan anda
-Meningkatkan fleksibiliti, kekuatan, dan keseimbangan badan

Benefits of Scalar Energy(Reference Link)

Tenaga Skalar berkesan mahupun di dalam atau diluar badan anda..Secara luaran, Tenaga Skalar dapat meningkatkan bio-tenaga badan anda..Manakala secara dalaman, ia juga dapat memudahkan sel-sel badan anda dalam mencapai tahap penyerapan(permeatability) yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan keberkesanan pelbagai fungsi-fungsi sel yang begitu kompleks sekali..

The Barron Report on Scalar Energy(Reference Link)

untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan ,
Tenaga Skalar juga mampu mengubah struktur molekul air jika air tersebut didedahkan kepada Tenaga Skalar..air yang didedahkan kepada Tenaga Skalar, akan berubah struktur molekulnya menjadi molekul yang bersaiz Nano..jadi, jika kita meminum air yang sudah didedahkan kepada Tenaga Skalar tadi, oleh kerana molekulnya bersaiz Nano, maka ia memudahkan air untuk menembusi dan meresapi sel-sel badan kita sekali gus membersihkan dan menyahtoksik sel-sel tersebut..hasilnya, tubuh badan menjadi lebih sihat dan bebas daripada penyakit..

What is Scalar Energy Pendant..? (download link) (661KB)


Testimonial Videos :

tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, dibawah ini saya upload-kan sebahagian daripada video-video testimonial yang menunjukkan keberkesanan Quantum Pendant™ dan Tenaga Skalar..sila tonton sehingga habis..

Video 1 :

di dalam video yang pertama ini, tempatnya di Kelantan..sebahagian dari ahli Fusion Excel™ dengan sukarela telah memberi rawatan percuma kepada seorang warga emas yang dikenali sebagai Mak Jah..Mak Jah adalah seorang warga emas yang telah mengalami strok/angin ahmar pada bahagian kiri tubuhnya..dan beliau sudah 3 TAHUN tidak mampu berjalan dengan sendiri..Mak Jah hanya mampu membuka langkah kecil sahaja..beliau juga tidak mampu untuk mengangkat kaki seperti orang biasa..setiap kali beliau ingin melangkahkan kaki, beliau memerlukan bantuan beberapa orang untuk membolehkannya melangkah..

tetapi, setelah beliau dirawat selama 45 minit dengan menggunakan 6 Quantum Pendant™, anda lihatlah sendiri apa yang berlaku..

SEBELUM :




SELEPAS :



kesannya serta merta bukan..? subhanallah..betapa hebatnya kuasa tuhan..menakjubkan..


baik, dibawah ini pula adalah video yang membuktikan bahawa Quantum Pendant™ yang memiliki Tenaga Skalar dapat memberikan kekuatan pada badan kita..

di dalam video ini, 4 orang diarahkan untuk mengangkat Malek Noor(jaguh bina badan)..lihat hasil sebelum dan selepas memakai Quantum Pendant™..




see..? amazing wasn't it..?


video seterusnya juga menunjukkan bahawa Quantum Pendant™ memang memberikan kebaikan kepada semua orang tidak mengira umur..

Strength Test :




tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
adakah tuan-tuan dan puan-puan menyedari bahawa kehidupan kita sentiasa dikelilingi EMF(Electro-Magnetic Field) yang sangat berbahaya dan memudaratkan tubuh badan kita..? adakah kita terlindung daripada kesan-kesan negatif EMF ini..? sudah tentu tidak, bukan..? kerana kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh peralatan elektrik yang menghasilkan EMF yang memudaratkan..

kita ambil contoh yang paling mudah dan hampir dengan kita, iaitu telefon bimbit(handphone)..tahukah anda bahawa Radiasi EMF sesebuah telefon bimbit mencapai tahap tertingginya apabila telefon tersebut berdering dan semasa kita berbual melaluinya..?

buktinya, tonton video dibawah ini :




dan tonton juga video ini..video dibawah ini menunjukkan betapa telefon bimbit dapat menjejaskan kesihatan dan keseimbangan tubuh kita..



jelaslah bahawa hidup kita sentiasa terdedah kepada kesan-kesan negatif EMF..tetapi, dengan penggunaan Quantum Pendant™, ternyata bahawa hidup kita lebih sihat, selamat dan terlindung dari tenaga-tenaga negatif..insya-Allah..

selain mampu meningkatkan taraf kesihatan kita, Fusion Excel™ juga adalah sebuah bisnes yang amat menguntungkan dimana pendapatan bagi sesiapa yang menyertai bisnes ini mampu mencecah lebih daripada RM50 000 sebulan dalam masa yang singkat..saya telah melihat dan bertemu sendiri face to face dengan mereka-mereka yang mempunyai pendapatan setinggi itu..dan yang lebih menakjubkan, kebanyakan daripada mereka masih lagi berumur dalam lingkungan 20an..dan yang termuda antara mereka adalah seorang perempuan yang berusia 21 tahun dan mempunyai pendapatan lebih RM50 000 sebulan..


bersama Fusion Excel™, badan sihat, poket pun sihat :)

Tuan-tuan dan puan-puan,
sebenarnya, saya sendiri adalah antara pengguna Quantum Pendant™..saya telah merasai sendiri kesan dan perbezaannya yang begitu menakjubkan..

dan saya juga adalah Dealer and Distributor Fusion Excel™..saya telah menyertai bisnes ini dan menjadi ahli Fusion Excel™..banyak kelebihannya tuan-tuan dan puan-puan..

jadi, untuk maklumat yang lebih lanjut dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Quantum Pendant™, atau menyertai bisnes ini, atau kedua-duanya sekali, tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi saya pada bila-bila masa..

dan jika tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk menyertai bisnes ini, saya bersama Presidential Director(fyi, income beliau kini telah mencecah 100K per-month) Fusion Excel™ sendiri akan datang dan bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dan memberikan penerangan yang lebih terperinci tentang Fusion Excel™..


For Your Reference : Fusion Excel™

sekian..Assalamualaikum..

017-6774457(Razi)

Wednesday, March 3, 2010

menjawab soalan Tetamu Undangan..

okay..saya akan tunjukkan caranya disini..simple saja..jangan risau ya..

mula-mula,
kamu lihat pada HTML codes video kamu yang berupa seperti ini :


lihat pada nilai object width and height yang saya highlight..

kamu harus tukarkan nilai asal object width and height tersebut kepada nilai yang telah saya highlight itu..

setelah nilai-nilai tersebut ditukarkan, maka YouTube player kamu telah diubah kepada saiz minima..

ingat, kamu harus tukarkan hanya nilai-nilai yang saya highlight tersebut..jangan ubah apa-apa selain dari itu..


---------------------------------------------------------------------------------


dan untuk menjadikan ia autoplay pula,
juga, lihat pada HTML codes video kamu..

dibawah ini adalah contoh HTML yang masih belum diubah menjadi autoplay :

apa yang saya highlight itu adalah video link di dalam sebuah HTML..

" [video link] "

jika dilihat pada video link diatas ini, simbol '&' merupakan pengakhiran bagi link tersebut..

jadi, sekarang ini kamu harus menambahkan "&autoplay=1"(without the inverted commas) pada pengakhiran link tersebut..

"&autoplay=1" harus sentiasa diletakkan pada penghujung/pengakhiran
video link..

dalam HTML kamu, pengakhiran link mungkin adalah simbol ataupun nombor..jika pengakhirannya adalah nombor, maka pada hujungnya adalah nombor '1'..jika simbol pula, maka hujungnya adalah simbol '&'

setelah kamu menambahkan "&autoplay=1" pada pengakhiran link, maka ia akan menjadi seperti ini :

jika kamu ikut langkah-langkah ini dengan betul, hasilnya, YouTube player kamu yang bersaiz minima dan telahpun diubah kepada autoplay mode..

so, all the best to you, Tetamu Undangan..

if there's anymore questions, don't hesitate to ask..will try my best to assist you :)

*click on the image for a clearer view

Tuesday, March 2, 2010

Doa Seorang Lelaki Untuk Seorang Perempuan..

walau engkau berada jauh,
walau engkau tidak lagi aku temui,
walau tiada lagi khabar berita dari aku mahupun engkau,
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu..

selamat menjalani kehidupan di tempat baru, wahai permata..
semoga sihat-sihat selalu tubuh dan fikiranmu, wahai insan satu dalam sejuta..

insya-Allah, aku disini akan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T melindungi engkau sepanjang waktu dari segala jenis gangguan yang zahir mahupun yang batin..semoga Allah jauhkan dirimu daripada segala hasutan dan godaan syaitan dan manusia durjana yang mungkin ada disana..

semoga Allah memelihara hati dan akal fikiranmu agar engkau sentiasa berada di atas jalan yang lurus yakni jalan Allah..

semoga Allah memelihara akhlak dan keperibadianmu, wahai pemilik nama yang bermaksud 'Agama, Yang Riang Gembira'..semoga Allah S.W.T melindungi dan memelihara dirimu senantiasa agar engkau tidak menyamai kebanyakan perempuan-perempuan zaman sekarang yang bilamana aku melihat mereka, aku maki di dalam hati..

Ya Allah Ya Rahman..
aku memohon kepadamu,
lindungilah perempuan ini Ya Allah,
peliharalah akhlak dan kelakuannya sepanjang waktu Ya Allah,
dan janganlah engkau biarkan dirinya terpengaruh dengan anasir-anasir jahat Ya Allah..

Ya Allah Ya Muhaimin,
walau aku bukan siapa-siapa untuknya,
walau tercipta dirinya mungkin bukan untukku,
aku tetap mendoakannya kerana hati hambamu ini terlalu kasihkan dirinya,
oleh itu engkau lindungilah dirinya,

peliharalah dirinya,
kerana dirinya adalah seorang perempuan,
hambamu yang lemah,
yang mudah tergoda,

lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia akhir zaman ini yang tidak pernah sunyi dengan godaan dan hasutan,
oleh itu engkau limpahkanlah cahaya keimanan-Mu di dalam hatinya Ya Allah..

sudah memadai bagiku jika melihatkan dirinya menjadi seorang perempuan yang baik dan yang terpelihara, Ya Allah Ya Hafiz..

semoga engkau berjaya mengejar mimpi-mimpimu,
semoga Allah S.W.T merahmati dirimu sentiasa..

Amin Ya Rabbal Alamin..

selamat berpindah ke sekolah baru, insan yang teristimewa..

831

-Muhammad Syairazi-

Monday, March 1, 2010

for you I bleed myself dry..

lebih dari yang kau tahu,
lebih dari yang terduga oleh kau,
lebih dari apa yang kau imaginkan,
lebih dari apa yang kau ungkapkan..

lebih dari itu..

lebih dari mimpi-mimpimu,
lebih dari angan-anganmu,
lebih dari kata-katamu,
lebih dari misteri-misteri yang melingkari hidupmu..

lebih dari semua itu..

lebih dari realiti,
lebih dari imaginasi,
lebih dari hari-hari,
lebih dari yang disedari,
kau mahupun aku..

masih, sentiasa, lebih dari itu..

menahan segunung perasaan,
menjadi gila dan pulih kembali,
itu aku..

tidak menyedari luka yang ada pada diri,
itu adalah aku..

memilih untuk sepi,
itu juga adalah aku, sentiasa..

mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti,
kau akan faham,
kau akan lihat apa yang aku lihat yang tidak terlihat oleh kau pada waktu ini..

aku percaya, tidak pernah berhenti percaya,
pasti ada hikmahnya tuhan memisahkan kita setelah kau dan aku ditemukan..

tuhan saja yang tahu betapa bermaknanya dirimu terhadap diriku..

setiap detik ketiadaanmu menguji kecekalan hati dan kesabaranku..
dan dalam waktu yang sama, ia begitu membina kecekalan hati dan kesabaranku..

masih tetap tersenyum :)