Perspectives and Expressions

Thursday, April 30, 2009

the pain doesn't go away..it stays..


pernah rasa dunia yang warna-warni bertukar jadi hitam putih tiada warna..?
aku pernah...

Tuesday, April 28, 2009

memori..

apabila bercakap tentang memori, sudah pastinya kita akan mengimbau kembali apa yang kita telah lalui..

semua orang sukakan memori yang indah kan..?
tapi bukan semua memori indah itu indah..

ia tidak menjadi sesuatu yang indah apabila
memori indah kita tadi menjadi punca kejatuhan kita..

jadi, memori indah kita tadi hanyalah permulaan dalam proses kejatuhan kita..

untuk bangkit dari kejatuhan itu bukanlah senang bila memori itu terus menghantui kita..
dan lebih teruk lagi bila kita harus bangkit sendirian..

kekuatan diri dibina semula dengan sedikit kekuatan yang masih ada..

bagaimana rasa bila harus bangkit sendirian..?
sungguh perit..

Monday, April 27, 2009

tanda soal..

dalam fikiran aku tak pernah lekang dengan satu soalan ini..
iaitu; 'apa pula seterusnya..?'

setiap hari sekurang-kurangnya sekali soalan itu terlintas dalam fikiran aku..
terfikir apakah pula seterusnya esok hari..?
apa pula minggu depan..?
apa pula bulan depan..?
apa pula tahun depan..?

kita takkan pernah tahu tentang hari esok..
tomorrow is full of mysteries..

Saturday, April 25, 2009

Kelantan; 2nd Episode..

okay..so, bersambung lagi cerita tentang trip ke kelantan ni..biarlah trip ni dah lama lepas pun..tapi aku tetap nak cerita juga..tapi kalau nak cerita disini semuanya memang tak cukup space..gambar pun berlambak..hampir 700 gambar kesemuanya..aku cerita setakat yang aku larat ajalah..

jadi, selepas aja semua selesai ber-shopping di Rantau Panjang, rombongan kami menuju pula ke suatu tempat di Kota Bharu..nama tempat tu aku lupa la pulak adoyai..padahal kampung sendiri tu..tak apalah..nanti aku tanya ayah aku apa nama tempat tu..





to be continued lagi ya..
lepas ini aku masukkan gambar ajalah kot..

Tuesday, April 21, 2009

Kelantan..

sorry ya lambat post tentang lawatan ke kelantan ni..

one of the reason aku pilih untuk menyertai trip ke kelantan ni adalah sebab rindu aku pada kelantan..surroundingnya, makanannya, pemandangannya dan rasa happy bila pulang ke kelantan..


walaupun trip ni adalah lawatan sambil belajar, aku juga merasakan seperti pulang ke kampung aja..dah lama aku tak 'kelik kelate'..so, apa salahnya sambil menyelam minum air coke kan..?


April 17..


aku sampai di perkarangan sekolah lebih kurang dalam pukul 20:45..the bus was supposed to arrive at the school on 20:30 and depart on 22:00..tapi, hampir 2jam tunggu bas datang..akhirnya, hampir pukul 23:00, bas sampai..'Shark Smile Coach' nama bas tersebut..dan ada satu gambar shark besar yang tersengih pada tepi bas tersebut..

kemudian, semuanya terus masukkan bagasi masing-masing ke dalam bas tersebut lalu terus bertolak ke kelantan..

sebenarnya, ini adalah first time aku balik ke kelantan naik bas dan first time juga aku berjalan jauh dengan bas..biasanya dengan kereta abah je pergi jauh atau balik kelantan..mula-mula tu risau juga aku nak naik bas..sebab dua hari sebelum bertolak ke kelantan tu, heboh dalam surat khabar tentang kemalangan bas yang mengorbankan nyawa 6 orang..tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tiada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku..

cuma, backpack Amir Ghazi hilang..sabar ya amir..mungkin kau akan dapat camera baru nanti..insya-Allah..


April 18..

lebih kurang pukul 4 pagi kami melepasi sempadan daerah jajahan Gua Musang, Kelantan..tak lama selepas itu, kami berhenti di R&R Gua Musang..aku, syed, afiq & faisal pekena maggi goreng dan amir pekena nasi goreng kampung..



06:30 bas kami berhenti di Masjid Mukim Keroh, Kuala Krai..berhenti rehat dan solat subuh..ada juga yang mandi untuk segarkan badan..




setelah selesai menunaikan solat subuh, kami teruskan perjalanan terus menuju ke rantau panjang..dan kami sampai ke destinasi lebih kurang pada pukul 9 lebih..



setelah beberapa jam aku bawa mereka pusing-pusing explore rantau panjang, kami lepak kat satu gerai ni untuk breakfast..shopping dulu baru breakfast beb..




to be continued..

kepulangan; hujan lebat menyambut kepulangan kita..

now i'm back from Kelantan..

how was the trip..?
= it was amazingly extremely awesome!

aku dengan yakin boleh katakan, that was the best trip i EVER had!

selebihnya, aku akan update nanti..
dan foto-foto juga akan di-uploadkan dalam update yang seterusnya..

now i got things to do..
dan aku baru teringat..hari ini April 21..
haish..

*senyap*

tak mengapalah razi..tak mengapa..

Wednesday, April 15, 2009

041509..

apa yang aku ucapkan dari mulut ini tidak sama dengan apa yang sebenarnya terkandung dalam hati..
memang mulut melakukannya..tetapi hati tidak..

Monday, April 13, 2009

not in good a shape..

finally, the internet is back..
it has been 3 days since the internet connection was down..

had a bad fever on last friday..
the fever is getting better..
but now, i'm having a bad flu and a bad headache..

Wednesday, April 8, 2009

8letters 3words 1meaning..

831, the numbers that will last forever in my heart..

831: 8/3 + 1 = 8/4 (8th April)

831 : 8 + 3 - 1 = 10


10th april : adalah tarikh aku sms dia untuk kali pertamanya..

10:10pm : adalah waktu aku mengirimkan sms kepadanya pada hari tersebut..

semuanya masih jelas dalam ingatan..



same day, same date, and same timing..
i went to the Pizza Hut just now and i sat on the same table area like last year..
makes me reminisce of all the things that happened to me in the year of 2008..
all the good-bad, happy-sad memories came into my mind..it was like i've just went back through time to the same date last year..i clearly still remember what happened there..and it was like its still happening in front of my eyes..i feel like those things happened just yesterday..the smiles of happiness, the chats, the laughs..still can't forget all that..

oh and i met abang ali, hilal and aiman when i was there..

same day, same date, and same place..
the difference was just, there was no one else..there was no boys, no girls..there was no Drama-Rama team and Pn. Sandhera..there was no one with me, no one sitting beside my right and left..and the person who sat in front of me last year was not there..there was just me..only me..

i don't know i just can't stop myself from reminiscing the memories..


aku tahu, mungkin aku seorang saja yang gila yang mengingati semua tentang ini..sedangkan pada orang lain mungkin ianya sudah terkubur dan sudah tidak lagi diingati..

sengaja aku pergi ke Pizza Hut hari ini dengan tujuan untuk mengingati dan menikmati rasa bahagia dan gembira yang sementara..setahun berlalu terasa seperti baru semalam..perasaan yang bercampur-baur terpendam dalam diri..hati terasa perit sewaktu disana, cuba untuk tidak memikirkan tentang mereka berdua sewaktu di Pizza Hut hari tu..

entah lah..mungkin perkara ini aku akan terus lakukan setiap tahun pada 8 April selagi aku masih mengingati dia dan segala tentang 8 April..

aku buat semua ini kerana aku sangat menghargai pertemuan ini..ianya sesuatu yang aku simpan di tempat yang istimewa dalam hati aku..tetapi, dalam masa yang sama, aku cuba untuk melupakan semua tentang ini..

entahlah..aku sendiri tidak faham apa yang sebenarnya berlaku pada aku..

mungkin salah aku yang tidak berpegang pada prinsip aku sebelum ini..
mungkin salah aku yang terlalu menjaga hati orang lain sehingga hati sendiri tidak terjaga..
mungkin salah aku yang cuba untuk mengubati hati orang lain sedangkan hati sendiri luka parah..


for you, i bleed myself dry..

Tuesday, April 7, 2009

16th November 2009..

7 months left..
and i still got a lot to catch up..

insya-Allah everything's gonna be okay..
as long as i got the spirit to go for success
and put more effort on my studies..

must have faith on Allah..
must have faith in myself..
must keep going..
must keep walking..

i can do it..i can do it..
i know i can do it..
and i will succeed..


there's not much time left until that..