Perspectives and Expressions

Saturday, August 29, 2009

malang tak berbau..


ini baru saja berlaku beberapa minit yang lalu..

sekali lagi, 'simpang maut' tu berjaya menumpaskan mangsanya lagi..
kenapa aku kata simpang tu 'simpang maut'..? sebab dekat simpang tu dah terlalu banyak kali dah berlaku kemalangan..daripada dulu sampailah hari ini..dalam setahun, akan lebih dari 3 kemalangan yang berlaku dekat simpang tu..

tadi, sebuah teksi dengan sebuah motor..nasib baik yang si penunggang motor tu tak melayang nyawanya..nyawanya masih panjang..tetapi cedera la of course..aku tengok kaki dia macam patah..macam aje lah..aku tak tahu sebab aku bukannya doktor..tapi dia asyik pegang saja kakinya..muka dia pun nampak sangat tengah tahan sakit..

berhati-hatilah kepada sesiapa yang memandu dan menunggang motorsikal..raya dah dekat ni..ingatlah orang yang tersayang..

Friday, August 21, 2009

Ramadhan kembali lagi..

waah..sekejap aja rasa kan..? rasa macam baru je hari tu puasa..pejam celik pejam celik, eh, dah Ramadhan dah..??

itu lah dia ya adik2 kakak2 abang2..sungguh cepat masa berlalu..salah satu tanda akhir zaman, nikmat masa ditarik Allah S.W.T..

jadi, malam ni akan bermulalah solat sunat tarawih dan witir :) oh gembiranya Ramadhan menjelang kembali :) pahala bagi setiap amalan2 yang kita lakukan akan berlipat kali gandanya..

tapi betul lah..rasa macam baru je hari tu puasa, dah puasa lagi dah esok..masa masa..cepatnya kau berlalu..

SPM pun makin dekat lah ye..hehe..

so, kepada semua umat2 islam di seluruh alam ini, Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..
semoga Ramadhan kita pada tahun ini akan lebih sempurna berbanding dengan tahun yang lepas2..

kita jumpa di surau malam ini! (kepada sesiapa yang pergi tarawih malam ni la kan :p)

assalamualaikum..

Thursday, August 20, 2009

hargailah orang yang kita sayangi..



setiap kali aku tonton video ni, pasti mengalir air mata aku..

akujanji..

tidak..aku tidak akan mungkiri janji yang telah aku semai dalam diri ini..aku akan terus berpegang pada janji itu..dan aku akan buat apa saja bagi mengelakkan aku memungkiri janji itu..

"ingat razi..ingatlah apa yang terjadi pada kau dahulu..jangan hancurkan impian, cita-cita, dan matlamat hidup engkau.."

Tuesday, August 18, 2009

kami memang begini :)

assalamualaikum semua :) first of all, Nadia, i pinjam ayat u sikit tau buat post title i okay..hehe :p

okay..entri kali ni pun tentang gambar saja..aku takkan tulis banyak2..sebab sememangnya aku tak tahu nak tulis apa..idea tak ada..

ini adalah gambar2 pelajar2 kelas 5 Cerdas yang famous..hehe..dan aku minta maaf lah sangat2 kepada siapa2 yang gambarnya tiada dalam ni..oleh kerana ketidakhadiran anda ke sekolah pada hari saya mengambil gambar hari itu, maka tiadalah gambar kamu termasuk dalam entri ini ya..

dan Yan Yi, silalah ambil gambar kamu disini ;)

okay, sekarang, memperkenalkan.......


inilah ketua kelas 5 Cerdas, Mohd Syukur..(mana syukur..??)

dan ini pula adalah Siti Syarah..penolong ketua kelas :)

dan aku dimaklumkan bahawa Syarah sekarang ni sedang demam teruk dan telah dimasukkan ke hospital..semoga kau cepat sihat dan sembuh wahai sahabat..amin..

Nurhaya Sofia..seorang sahabat yang baik dan boleh dipercayai :)

ini Nabila a.k.a Bella..sangat terkenal dengan trademarknya, "Bussuuukkk~~"

ini adalah Faten Farhana..dia ini juga seorang kawan yang baik dan boleh dipercayai..
bak kata orang putih, "you can count on her" ;)

ini pula adalah, Matheerashini(betul ke aku eja nama kau macam ni..?)
tanpamu, kurang ceria kelas 5C..ecece..

Kah Meng..aku tak tau nak cakap apa tentang dia ni..haha..

Ong Shin Ein..dia ni terer maths..kalau ada apa2 soalan maths yang aku tak tau, dia lah yang aku akan tanya..

Lee Kah Ling..dia ni dikenali sebagai ceti kutip hutang..oleh kerana dia ni bendahari kelas, selalu kutip duit/hutang, maka beliau digelarkan sebagai ceti kutip hutang..

Amy Tai Suk Yen..pun sama, aku taktau nak cakap tentang dia ni..tapi, rambut dia sangat lurus..hehe..

How Yan Yi..macam pernah tengok je kan muka dia..? korang pernah tgk Kung Fu Hustle tak..? CJ7..? atau yang paling famous sekali, Shaolin Soccer..ada tak iras2 Chow Sing Si a.k.a Stephen Chow..hehe..jangan marah aaa Yan Yi :p

Eunice Lee..dia cakap melayu sangat fasih oh ;)

Hisyamuddin..Miss Tan panggil dia Pishang..haha..

Adha..kalau dia pakai spec, ada iras2 A.Galak oh..yang berlakon dalam Gerak Khas tu..

ha, ini adalah Mohd Asslam..Mr. Chocolate ye asslam..?

Mohd Zhariff Haziq..shuffler terhebat..

Chen Kuan Siong..body dia lentik beb..hanya lelaki kelas 5C saja yang tahu kenapa..haha..cold eye watching..

Ki..hehe ;p nama beliau, Mohd Afiq bin Marzuki..aku dengan dia sama..kami orang seni ;)

dan last sekali, cuba teka..siapakah ini..? haha ;p
please provide your answer in the chatbox :p :p


PHOTOS BY :

Monday, August 17, 2009

Trials..

Good Luck to PMR students..
and Good Luck to SPM students..

Try your best..Trust yourself..
You can do it..We can do it..

Good Luck everyone..
All the best..

Friday, August 14, 2009

...

aku paling tak suka bila aku tahu seseorang itu menipu aku
tetapi aku kena buat-buat tak tahu sebab nak jaga perasaan dia..

karang kalau aku cakap yang aku tahu dia tipu aku,
takut dia kata apa pulak nanti..

takpe takpe..

people from Japan..

hello and assalamualaikum brothers, sisters, uncles, aunties, youngs and adults :)
we meet again :)

in this entry i will show you the photos of the Japanese students that visited my school today..

these are the photos :

sebelah kiri aku tu Yumuu namanya..yang sebelah kanan aku tu bukan jepun tau..tu classmate aku, Syafiq..hehe..

from left : Mr. Kenichi, Yumuu, Razi-O, Keita and Satoshi
in front: Hiro

The Angels..hehe
from left : Yuka, Emiri, Sayumi and Shiori

Mr. Hussein and Miss Tsukasa

Yuka and Airina :)

this is Mr. Iwamoto and he is a teacher..

this is Mr. Kenichi..he's a lecturer..

and this is Shaza and err..i forgot to ask her name..hehe..
its okay..i'll try to ask her tomorrow :)

Tuesday, August 11, 2009

thankful..

i've finally gained my focus back! :)
and i feel great about it..
hopefully i won't get distracted again after this..

Sunday, August 9, 2009

creepy crawlies..

creepy crawlies playing in my mind..
creepy crawlies fooling in my brain..

creepy crawlies growing in my mind..
creepy crawlies playing in my vein..

creepy crawlies blowing my mind..
creepy crawlies stuck in my brain..

creepy crawlies fooling my mind..
creepy crawlies full in my mind..

creepy crawlies, get off from my mind!
creepy crawlies, get off from my brain!

i'm so distracted since a few days ago..
i must get away from this distraction A.S.A.P

what should i do..?
any idea..?

i need a cure..

but the question is, what is the cure..?

Saturday, August 8, 2009

and the hardest part..

assalamualaikum adik2 abang2 kakak2..sihatkah tubuh badan anda semua..?

maklumlah sekarang ini musim demam kan..dan ia semakin teruk dan berleluasa..pergi je mana2, mesti ada yang demam..hopefully you all are in a good shape lah..

so, SPM trial sudah makin dekat..tak lama lagi dah nak exam..

usaha
usaha
usaha
usaha
usaha tangga kejayaan..

tapi lah kan, makin dekat nak trial ni, ada saja ujian yang mendatang..sebelum ni tak ada pulak..

bukanlah aku nak kata aku tak redha dengan ujian tuhan kepada aku..aku redha dengan semua tu..aku sentiasa berdoa dan berserah kepada-Nya..

tapi, aku paling tak suka bila sesuatu ujian tu melibatkan hati dan perasaan aku..betul, aku paling tak suka ujian yang melibatkan hati dan perasaan aku..

tahu tak betapa seksanya bila ujian berbentuk begitu datang menguji aku..?
tak lena tidur aku dibuatnya..

bila kita marah dan sakit hati, mestilah kita hilang tumpuan kan..?
fikiran asyik terganggu aja..

tapi nasib baiklah ini bukan kali pertama aku menghadapi ujian sebegini..
dah banyak banyak banyak banyak kali..
i have learned to live with it..

kalau dah banyak kali, sakit hati pun berkali-kali lah kan..?
tapi tak apa lah..sabar ajalah..

nak luahkan kepada orang lain pun, siapa yang kisah kan..?
belum tentu mereka faham dengan apa yang kita luahkan..

jadi, aku simpan sajalah untuk diri sendiri..pendam perasaan..aku biarkan..
tapi risikonya tinggi lah..kadang-kadang, separuh mati menahan rasa..

okay lah..dah lah..sampai disini saja lah ya..aku nak pergi sambung study..
TRIAL oh TRIAL..

bye-bye..assalamualaikum..


"oh tuhan..
jauhkanlah aku daripada segala kesedihan dan kekecewaan..jauhkanlah aku daripada segala kesakitan hati dan jauhkanlah aku daripada segala gangguan-gangguan yang dapat mengganggu fikiran dan tumpuanku.."

Wednesday, August 5, 2009

oh what a thing to do..

sometimes i wonder why am i doing all those things even it hurts my feelings..

i'm telling to myself to

keep walking..
don't look back..the past will hurt you..

Tuesday, August 4, 2009

Time Is Running Out and Fast..

we have another 3 months left until SPM..3 months is a very short period of time..

Saturday, August 1, 2009

Hari Ko-Ko 2009..

pada hari jumaat yang lalu adalah Hari Ko-Ko sekolah aku bagi tahun 2009..
ada banyak persembahan yang menarik dari pelajar-pelajar..ada juga persembahan dari unit beruniform dan juga persembahan dari form3 dan MPM Form5..

semua persembahan mereka sangat menarik..syabas aku ucapkan kepada semua yang menyertai ;)

dan ini ialah foto-foto nya..