Perspectives and Expressions

Saturday, May 16, 2009

chocolate..

pada mulanya memang teruk..sangat teruk..
seperti TV-60an, hidup tidak berwarna..

segalanya berubah..
pemikiran, persepsi, personaliti dan cara aku melihat dunia dan sekeliling tidak sama seperti dulu..

aku bangkit dari jatuh dengan perasaan yang tuhan saja yang tahu betapa peritnya..
setiap hari hati aku sakit dan menjerit..namun tiada yang mendengarnya..





kini aku sudah berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berdiri semula..
namun aku harus berhati-hati dan bertenang sepanjang masa..
kerana kemana saja aku pergi dan apa saja yang aku lakukan, pasti ada saja sesuatu yang akan mengingatkan aku kepada perkara itu..

walaupun aku sudah berdiri kembali tetapi aku lebih senang jatuh kembali berbanding untuk bangkit kembali..

sebab itu aku harus berhati-hati..
aku harus menguasai perasaan aku dan bukan perasaan yang menguasai aku atau orang lain yang menguasai perasaan aku..

aku harus sentiasa menang dalam melawan dan menafikan perasaan aku sendiri..
tak mudah dan tak senang untuk lakukannya..setiap kali aku melawan, hati aku sakit dan marah..seolah2 hati aku sendiri tidak meredhakan aku melawan dan menafikan perasaan ini..

tetapi, aku harus tetap melawan arus..aku tidak boleh jatuh kembali..
walaupun ianya terlalu menyakitkan dan melukakan tetapi itulah yang harus aku hadapi..

No comments: