Perspectives and Expressions

Thursday, December 31, 2009

hari ini aku melihat ke belakang sejenak untuk aku terus ke hadapan..

hari ini hari terakhir bagi tahun 2009..
hari terakhir dalam setahun selalu membuatkan aku berasa gloomy..

seperti biasa, seperti tahun-tahun yang sebelumnya, inilah hari dimana aku akan merenung dan mengenang kembali tentang apa yang aku telah lalui sepanjang tahun ini..tahun 2008 dan 2009 bagi aku, banyak persamaannya..kedua-dua tahun ini adalah tahun yang jika boleh, aku mahu padamkan kebanyakan memori-memori peristiwa yang berlaku..2 tahun yang paling teruk yang aku pernah lalui..2 tahun yang amat menguji kesabaran dan hidup aku..namun aku tetap berjaya menempuhinya dengan selamat..aku bersyukur..

aku melihat cuaca diluar sungguh suram..tidak sedikit pun membantu aku mengubah suasana yang gloomy ini..seolah-olah mood aku telah mempengaruhi cuaca hari ini..

2010 bakal menggantikan 2009 tepat pada jam 00:00 malam ini..dan aku masih lagi tidak mempunyai azam tahun baru..mungkin disebabkan pada pandangan aku, azam itu adalah sesuatu yang boleh dimanipulasikan..azam tahun baru tidak akan kekal lama..kerana bagi aku, azam kita sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan dan situasi kita..

masih ada lagi beberapa jam sebelum 2009 melangkah pergi..dan aku menghabiskan sisa-sisa 2009 dengan melihat foto-foto yang terdahulu dan mengingat kembali tentang apa yang aku telah lalui dalam masa 2 tahun yang betul-betul menekan aku..

memang terlalu banyak perkara yang aku ingin betulkan..banyak peristiwa yang aku ingin elakkan daripada berlaku..namun tiada apa yang aku mampu lakukan untuk mengubah apa yang sudah tertulis dalam takdirku..apa yang aku mampu lakukan hanyalah belajar dari segala kesilapan dan kekalahan aku dan menjadikannya sebagai panduan hidup di masa hadapan..

kita sentiasa berharap dan percaya bahawa tahun baru akan membawa banyak kebaikan kepada kita..

jadi, jangan berhenti berharap..
don't stop believing..because things happen like we think..

1 comment:

Eunice said...

no moon was big and bright last night... Everyone will have differnt point of view. Both of us was looking at the same sky same moon. But is just how you set your mind to see things. Like a cup of fill with water. I may say the cup if half full but you may say the cup is half empty. Its all in your brains. Open your heart and have innitiative to look through this world. Its all in your mind. All in your hands. Happy new Year!!