Perspectives and Expressions

Tuesday, December 8, 2009

dan sekarang berakhirlah hari-hari yang dulu kita selalu rungutkan itu..

jujur aku kata, sewaktu pengawas peperiksaan mengumumkan bahawa masa untuk menjawab sudah tamat, apa yang aku rasa hanyalah kekosongan..

aku tak mampu untuk tertawa besar seperti sesetengah orang lain yang merasa gembira dan bergelak tawa..aku cuba, tapi aku tak mampu..tak mampu untuk memaksa diri untuk melakonkan perasaan yang bukan perasaan aku yang sebenar..

memang adalah suatu kelegaan apabila SPM sudah tamat..tetapi disebalik kelegaan itu, terdapat suatu perasaan yang kuat yang melebihi perasaan lega itu..aku sedih sebenarnya..sedih untuk meninggalkan semuanya begitu saja..

kawan, kini, kita telahpun meninggalkan alam persekolahan..dan meninggalkan alam persekolahan itu bermakna, kita meninggalkan segala tentangnya di belakang..seragam sekolah yang dipakai bertahun-tahun lamanya kini tiada lagi gunanya..semuanya kini menjadi sebuah kenangan yang akan dipotretkan selamanya dalam hidup kita..

dulu, kita sering rungutkan tentang sekolah kan..?
kadang-kadang rasa mahu saja ponteng sekolah pun ada kan..?
tetapi, bila difikirkan balik, terasa bodoh bukan..?

sekolah, tempat yang mengajar kita erti tentang hidup, persahabatan, percintaan, pengorbanan, dan segalanya kini telah kita tinggalkan..

sangat menyedihkan apabila kita harus menerima kenyataan bahawa semua itu tidak akan berulang lagi..

No comments: