Perspectives and Expressions

Tuesday, April 21, 2009

Kelantan..

sorry ya lambat post tentang lawatan ke kelantan ni..

one of the reason aku pilih untuk menyertai trip ke kelantan ni adalah sebab rindu aku pada kelantan..surroundingnya, makanannya, pemandangannya dan rasa happy bila pulang ke kelantan..


walaupun trip ni adalah lawatan sambil belajar, aku juga merasakan seperti pulang ke kampung aja..dah lama aku tak 'kelik kelate'..so, apa salahnya sambil menyelam minum air coke kan..?


April 17..


aku sampai di perkarangan sekolah lebih kurang dalam pukul 20:45..the bus was supposed to arrive at the school on 20:30 and depart on 22:00..tapi, hampir 2jam tunggu bas datang..akhirnya, hampir pukul 23:00, bas sampai..'Shark Smile Coach' nama bas tersebut..dan ada satu gambar shark besar yang tersengih pada tepi bas tersebut..

kemudian, semuanya terus masukkan bagasi masing-masing ke dalam bas tersebut lalu terus bertolak ke kelantan..

sebenarnya, ini adalah first time aku balik ke kelantan naik bas dan first time juga aku berjalan jauh dengan bas..biasanya dengan kereta abah je pergi jauh atau balik kelantan..mula-mula tu risau juga aku nak naik bas..sebab dua hari sebelum bertolak ke kelantan tu, heboh dalam surat khabar tentang kemalangan bas yang mengorbankan nyawa 6 orang..tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tiada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku..

cuma, backpack Amir Ghazi hilang..sabar ya amir..mungkin kau akan dapat camera baru nanti..insya-Allah..


April 18..

lebih kurang pukul 4 pagi kami melepasi sempadan daerah jajahan Gua Musang, Kelantan..tak lama selepas itu, kami berhenti di R&R Gua Musang..aku, syed, afiq & faisal pekena maggi goreng dan amir pekena nasi goreng kampung..



06:30 bas kami berhenti di Masjid Mukim Keroh, Kuala Krai..berhenti rehat dan solat subuh..ada juga yang mandi untuk segarkan badan..




setelah selesai menunaikan solat subuh, kami teruskan perjalanan terus menuju ke rantau panjang..dan kami sampai ke destinasi lebih kurang pada pukul 9 lebih..



setelah beberapa jam aku bawa mereka pusing-pusing explore rantau panjang, kami lepak kat satu gerai ni untuk breakfast..shopping dulu baru breakfast beb..




to be continued..

2 comments:

Soulid Snap! said...

indahnya kenangan yg trdpt pd trip ini...

burok gile cara amir ngan syed makan...hahahaha...

Enigma said...

ya allah...makan...tak ingat negeri