Perspectives and Expressions

Friday, February 13, 2009

orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, aku tuliskan entri ini..

Februari 12 2009, 20:30

lepas dah sesat sekejap mencari rumah Pn. Zuraidah, akhirnya jumpa jugak rumah beliau..aku ambil tusyen fizik dengan beliau..tadi cuma ada dua orang saja yang hadir untuk tusyen fizik form 5..biasalah awal2 tahun ni tak ramai lagi..lagipun cikgu tu baru sangat pindah kawasan kota damansara ni..

tusyen tadi sangat best..sebab aku faham cara cikgu ajar..dan memang aku akui cara dia mengajar memang berlainan dari cikgu2 yang lain..maklumlah beliau seorang guru fizik yang berpengalaman 12 tahun dalam mengajar fizik..tambah2 lagi beliau ni penanda kertas SPM..lagi lah hebat!

bagi aku, Pn. Zuraidah ni adalah seorang guru yang amat bagus..sangat rugilah kalau sesiapa yang lepaskan peluang untuk belajar dengan beliau..itu pendapat aku lah kan..pendapat orang lain tak tahu la pula aku..maklumlah lain orang, lain pendapatnya kan..tapi, apa yang terlukis di mata aku, Pn. Zuraidah memang adalah seorang guru yang bagus..rugi kalau kita tak hargai pengorbanan seorang guru..


Februari 12 2009, 22:30

kelas habis..naqiuddin meng-offerkan dirinya untuk menjemput aku di rumah cikgu sambil2 nak kenal yang mana satu rumah cikgu memandangkan pada minggu depan naqiuddin pun akan turut serta tusyen fizik sama aku..

lepas aja fetch aku kat rumah cikgu tu, kitorang pergi ke sec4..masing2 nak topup phone..credit aku tinggal kurang dari 20sen dan naqiu pun sama..tapi malangnya topup dah habis..ah, esok ajalah..dan kami ke destinasi yang seterusnya, subaidah..dua2 kering kontang tekak asyik bercaaaaakap aja..


Februari 12 2009, 23:22

masih di subaidah..tiba2 phone bunyi..oh, sms dari afiq marzuki..

"sejarah sudah siap?"

adusss! lupa daa..belum siap lagi..aku lupa, dia pun lupa..tapi nasib baik dia sms aku..dan nasib baik juga kerja sejarah tu hanya kena fotostat dari buku teks..jadi takdalah risau sangat..so, kitorang minum cepat2, balik rumah aku jap ambik buku teks sejarah dan pergi fotostat..selesai kerja..


Februari 12 2009, 00:02

kitorang duduk2 lepak2 kejap dalam kereta kat depan pagar rumah aku..masing2 bualkan tentang hidup dan apa yang dilalui baru2 ni..macam2 cerita lah yang keluar..memang itulah kitorang berdua kalau dah jumpa..mesti ada punyalah cerita-ceriti..

mostly sekarang ni kitorang banyak cakap tentang priority kitorang berdua tahun ini..apa lagi kalau bukan SPM kan..? kesedaran, semangat dan keinginan untuk merasa kemanisan sebuah kejayaan..semua rasa itu berkobar-kobar dalam diri..memang betul seperti yang dijangkakan aku pada tahun lepas..bila kita dah masuk form5 nanti semuanya akan berubah..dan memang betul..ia memang benar2 terjadi..

tiada lain yang aku nampak sekarang ini..hanya matlamat dan tujuan aku..


Februari 12 2009, 00:20

masuk rumah..tengok t.v kejap..baring2 rehat2..masih tak mengantuk dan tak ingin tidur..


Februari 12 2009, 01:30

on laptop..aku taipkan entri ini..sambil buat latihan fizik..


Februari 12 2009, 02:35

aku tuliskan ayat ini..entri aku untuk pagi ini dah beres..aku mahu beri tumpuan pada latihan fizik aku pulak..


beres..

2 comments:

Enigma said...

nasib baik sempat kalau x dah kena mcm syara ..

Razi said...

tu ar..nasib baik kau mesej aku smlm..kalau tak, haish...