Perspectives and Expressions
Showing posts with label Think Straight. Show all posts
Showing posts with label Think Straight. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

meLAYU..

aku hairan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat kita kebelakangan ini..seperti tidak masuk akal bila difikirkan..

bunuh, rogol, dera, bunuh&buang bayi, dan meliwat bayi yang baru berusia 5bulan which was the craziest and most unacceptable case I ever heard in my life..

dalam kebanyakan kes, yang paling aku tidak boleh terima ialah kekejaman yang dilakukan terhadap bayi..

aku tak tahu pandemik apa lah yang menjangkiti dan meracuni masyarakat hari ini yang menjadikan mereka bagaikan zombie seperti dalam filem 28 Weeks Later yang membunuh manusia dengan kejam..

paling baru, aku tonton dalam berita semalam,
dalam akhbar hari ini pun ada,
bayi dibunuh, dibuang dan dibakar di dalam tong sampah..

Masya-Allah..
tiada apa yang mampu aku katakan selain daripada itu..
mungkin ada diantara kita yang mengalir airmata melihatnya..

terlalu kejam,
terlalu binatang,
sedangkan tidak seekor binatang pun sekejam itu..

terlalu kejam manusia zaman sekarang..
manusia zaman sekarang sudah tidak punyai hati,
tidak punyai perasaan,
tidak punyai belas kasihan,
tidak punyai akal,
membunuh bayi yang suci yang tidak punyai apa-apa dosa..

kemana hilangnya pertimbangan akal yang waras..?
masih punyai akalkah si bangsat yang membunuh dan membakar bayi itu..?

memalukan..

tapi, tahu apa yang paling memalukan tentang kebanyakan kes yang melibatkan bayi ini..?
Orang Melayu yang buat beb!

ulang suara, ORANG MELAYU!
aku ulang lagi, ORANG MELAYU!
aku ulang dan ulang lagi, ORANG MELAYU!
dan sengaja aku ulang dan ulang dan ulang lagi, ORANG MELAYU!

sungguh memalukan bangsa sendiri..

mungkin saja suatu hari nanti bangsa Melayu pada mata dunia akan dikenali sebagai bangsa yang berperangai binatang, berperangai bangsat..

aku tak hairan jika itu menjadi realiti satu hari nanti jika perkara-perkara sampah sebegini berterusan dalam masyarakat Melayu..

lagi tentang bangsa Melayu,
aku percaya, kita semua pasti ada mendengar tentang 'Promosi' untuk Valentine's Day kan..?

'Promosi Tak Pakai Seluar Dalam' atau 'No-Panties Promotion'

dan cuba teka siapa yang mempromosikan kegilaan ini..?
iya, Orang Melayu doh!

gila kan Melayu..?
hebat kan Melayu..?
hebat racunkan fikiran muda mudi,
hebat dalam nampak bodoh..

hey, sudah cacat akalkah..?
nama saja penuntut institut pengajian tinggi..
tapi, nampaknya tak ada lah tinggi sangat..
bodoh juga, gila juga, celaka juga, sialan juga, bukan..?

Orang Melayu seperti inilah yang menjadi kepinding dalam masyarakat Melayu..
memang hanya segelintir saja yang gilanya, tapi kesannya menyuluruh..

bukan mahu kutuk Melayu..tidak, bukan itu maksud aku..
tolong buka minda bila membaca entri-entri aku..
jika aku kutuk pun, bangsa aku juga bukan..?

tujuan aku tuliskan entri ini adalah untuk sama-sama kita buka mata, lihat, dan sedar apa yang terjadi dalam masyarakat kita..bukan untuk burukkan Melayu..

pesanan kepada diri dan juga kepada sesiapa yang membaca entri ini,
fikirlah, renunglah, dan belajarlah..
jangan kita menyimpang,
jangan kita sesat,
jangan kita dipandang serong,
jangan kita jadi Orang Melayu yang meLAYU..