Perspectives and Expressions

Tuesday, March 2, 2010

Doa Seorang Lelaki Untuk Seorang Perempuan..

walau engkau berada jauh,
walau engkau tidak lagi aku temui,
walau tiada lagi khabar berita dari aku mahupun engkau,
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu..

selamat menjalani kehidupan di tempat baru, wahai permata..
semoga sihat-sihat selalu tubuh dan fikiranmu, wahai insan satu dalam sejuta..

insya-Allah, aku disini akan sentiasa berdoa agar Allah S.W.T melindungi engkau sepanjang waktu dari segala jenis gangguan yang zahir mahupun yang batin..semoga Allah jauhkan dirimu daripada segala hasutan dan godaan syaitan dan manusia durjana yang mungkin ada disana..

semoga Allah memelihara hati dan akal fikiranmu agar engkau sentiasa berada di atas jalan yang lurus yakni jalan Allah..

semoga Allah memelihara akhlak dan keperibadianmu, wahai pemilik nama yang bermaksud 'Agama, Yang Riang Gembira'..semoga Allah S.W.T melindungi dan memelihara dirimu senantiasa agar engkau tidak menyamai kebanyakan perempuan-perempuan zaman sekarang yang bilamana aku melihat mereka, aku maki di dalam hati..

Ya Allah Ya Rahman..
aku memohon kepadamu,
lindungilah perempuan ini Ya Allah,
peliharalah akhlak dan kelakuannya sepanjang waktu Ya Allah,
dan janganlah engkau biarkan dirinya terpengaruh dengan anasir-anasir jahat Ya Allah..

Ya Allah Ya Muhaimin,
walau aku bukan siapa-siapa untuknya,
walau tercipta dirinya mungkin bukan untukku,
aku tetap mendoakannya kerana hati hambamu ini terlalu kasihkan dirinya,
oleh itu engkau lindungilah dirinya,

peliharalah dirinya,
kerana dirinya adalah seorang perempuan,
hambamu yang lemah,
yang mudah tergoda,

lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia akhir zaman ini yang tidak pernah sunyi dengan godaan dan hasutan,
oleh itu engkau limpahkanlah cahaya keimanan-Mu di dalam hatinya Ya Allah..

sudah memadai bagiku jika melihatkan dirinya menjadi seorang perempuan yang baik dan yang terpelihara, Ya Allah Ya Hafiz..

semoga engkau berjaya mengejar mimpi-mimpimu,
semoga Allah S.W.T merahmati dirimu sentiasa..

Amin Ya Rabbal Alamin..

selamat berpindah ke sekolah baru, insan yang teristimewa..

831

-Muhammad Syairazi-

7 comments:

Anonymous said...

sayang sungguh kamu pada nya...hahaha

Razi said...

semoga Allah S.W.T melindungi dan memeliharanya sentiasa..

mafilleiz said...

terharunya baca );

Razi said...

semoga kegilaan manusia dan dunia tidak mampu mempengaruhi dirinya..

Unknown said...

semoga doa anda dimakbulkan :)
terharu ohh bace ni.. :D

SuMaiYyaH said...

she is the lucky girl...

Razi said...

cuma dirinya bukan milikku..