Perspectives and Expressions

Monday, February 8, 2010

Mimpi..

dua mimpi mendatangi aku pada hari ini..
satu, mimpi diwaktu pagi dan satu lagi mimpi diwaktu petang..


mimpi pertama,
di dalamnya ada aku, dan seorang perempuan yang sangat aku kenali yang dulunya sangat aku menjaga dan mengambil berat tentangnya..dan di dalam mimpi itu, dia berada hampir denganku namun tidak sepatah pun perkataan yang terungkap dariku mahupun darinya..aku dan dia hanya membisu tanpa bicara..hanya mata kami yang sekejap-sekejap mencuri-curi pandang antara satu sama lain..


mimpi kedua,
di dalamnya, adalah aku dan sahabat dunia akhiratku, Naqiu..sudah masuk dua bulan aku dan dia tidak bertemu kerana dia menyertai kelas memandu di kampung halamannya..dan di dalam mimpi tersebut, kelihatan aku dan dia sedang menangis..menangis bersama..seolah-olah kami sedang menangisi suatu kesedihan yang teramat..


aku dapati ada persamaan pada kedua-dua mimpi itu..
dua orang yang hadir dalam mimpiku tadi adalah dua orang yang sangat aku rindukan,
dan yang tidak pernah terhapus dari mata fikirku..


cuma bezanya adalah perempuan itu,
walau aku begitu merindukannya, namun aku berharap aku tidak akan bertemu dengannya lagi mahupun dengan perempuan lain yang sama sepertinya..

aku lebih rela memilih untuk sepi..

2 comments:

Maryam Munirah said...

i understand this deeply.. cuz we r in the same boat.. ):

hana said...

ni link bru blog aq
hana-zakari.blogspot.com