Perspectives and Expressions

Saturday, February 13, 2010

Andrea Hirata..

semalam aku ke The Curve bersama Afiq Marzuki..nawaituku cuma satu, ingin mendapatkan karya Andrea Hirata, Lasykar Pelangi dan Maryamah Karpov..

Andrea Hirata adalah seorang penulis Indonesia yang berasal dari pulau Belitong..dan Andrea Hirata aku kira adalah antara penulis yang hebat dalam dunia ini..

mengapa..?
bacalah tulisan beliau dan kau akan tahu mengapa..

sungguh, aku memang kagum dengan karya-karyanya..bagi aku, ia bukan sekadar tulisan atau novel biasa..tulisan-tulisannya hidup..setiap ayat dan perkataannya bagaikan sihir yang memukau dan apabila membacanya, kau akan terpaku..

membaca karyanya umpama menonton sebuah filem, kerana dapat menonton apa yang dibaca..bahasanya indah, cerdas dan mempesonakan..keunikan dan susunan ayatnya yang bisa memesona setiap jiwa yang memahaminya..sekali lagi, aku kagum..kata-kata dan pengucapannya sungguh deep..


Laskar Pelangi


Sang Pemimpi


Edensor


Maryamah Karpov


nota untuk Andrea Hirata :

Andrea, andai suatu hari nanti kau terbaca tulisanku ini, aku ingin kau tahu bahawa aku sangat mengagumi karya-karya kau..tulisanmu bisa membuatkan seseorang jadi speechless..teruskan mencipta karya hebat dan unikmu, Andrea..percayalah, aku akan membaca kesemuanya..

4 comments:

Enigma said...

x bleh jadi nih, pada mulanya nak pinjam Maryamah Karpov sahaja tetapi memandangkan ianya sebuah tetralogi. Aku rasa aku perlu bermula dengan Laskar Pelangi.

Razi said...

memang..aku juga akan bermula dengan Laskar Pelangi..

pembalut Maryamah Karpov tidak akan aku buka selagi aku masih belum menghabiskan tiga buku yang sebelumnya..

lepas ni, aku mahu dapatkan Sang Pemimpi pula..

mafilleiz said...

nanti kasik i pinjam aaaaa hahaha

Razi said...

bagi i alamat rumah you..nanti i poskan ke rumah you :p