Perspectives and Expressions

Wednesday, November 18, 2009

SPM; cita-cita, impian, harapan dan segalanya..

' SPM '

akronim untuk Sijil Pelajaran Malaysia..
tapi aku lebih suka menjadikannya sebagai akronim untuk Sijil Penentu Masadepan..

pagi tadi, seperti hari-hari aku yang lain, sudah menjadi kebiasaann bagi aku sebelum pergi ke sekolah, kukucup tangan ibuku, dan kucium pipinya..

apa yang tidak biasanya kali ini adalah, apabila ibuku menitiskan airmata setelah aku kucup dan mencium pipinya..pada mulanya, matanya kelihatan merah dan bergenang dan tidak dapat ditahan lagi lalu dia menitiskan airmata dan dia mengesat airmatanya dengan hujung lengan bajunya..dia memandang aku dengan penuh harapan..lalu terbitlah kata-kata dari mulutnya yang menusuk dan menyentuh jiwaku, yang menyebabkan mataku juga bergenang ;

"semoga tercapai segala cita-cita mu.."

air mata seorang ibu..mampu membuat sesiapa sahaja berasa sayu apabila melihatnya..badanku terasa seram sejuk tatkala ibuku mengungkapkan kata-kata itu..satu kata-kata yang cukup ringkas tapi penuh bermakna..kata-kata yang mempunyai harapan yang tak terhingga..

tidak semena-mena, aku merasakan satu semangat yang tinggi tercipta dalam diriku setelah aku lihat ibuku menitiskan airmata harapannya..aku berazam, akan aku buktikan kepadanya..dengan segala kudrat dan kemampuan yang ada, akan aku berusaha untuk merealisasikan harapannya..insya-Allah!

itulah keajaiban airmata dan kata-kata seorang insan yang bergelar ibu..

2 comments:

Fatini Ismail said...

trtitis air mataku mmbaca post kmu ini..lkukn yg trbaik..Insya-Allah..

Razi said...

thanks fatini..i will :) insya-Allah..