Perspectives and Expressions

Saturday, March 7, 2009

ujian Allah untuk abah..

semalam, masa aku balik sekolah, aku nampak umi aku ada kt depan pintu sekolah..pelik..kenapa umi datang jemput aku..? biasanya aku balik jalan kaki aja..

rupa2nya umi jemput aku sebab nak terus pegi hospital..abah dah seminggu demam tak sembuh2 lagi..semalam dan dua hari lepas keadaan abah teruk sangat..dua hari abah MC..aku balik rumah terus pack barang2 yang perlu, lepas tu terus b'tolak ke hospital..

13:03 06 Feb 09

aku yang masih lagi dengan pakaian sekolah b'tolak ke hospital..keadaan abah nampak teruk..abah pening..suhu badan panas mendadak..abah nak jalan pun aku kena pimpin semalam..aku pergi hospital dengan pakaian sekolah..tak sempat pun nak salin pakaian..solat jumaat pun t'paksa aku tinggalkan..sebab keadaan abah dh teruk sangat dan memang kena bawa ke hospital secepat yang mungkin..


13:26 06 Feb 09

aku sampai di hospital apa nama entah aku dah lupa..yang aku tahu dulu nama hospital ni ialah Selangor Medical Center, Shah Alam..tp skrg ni dh tukar nama..sesampainya di klinik kecemasan, aku turun ambil wheelchair utuk abah..aku bawa abah masuk ke dalam..sementara umi dan adik2 aku pergi parking kereta..


16:25 06 Feb 09

hampir 3 jam menunggu..akhirnya abah aku masuk wad..walaupun dah booking wad awal2, tapi patient yg sebelumnya masih belum keluar lagi..jadi t'paksa tunggu lama sikit untuk tunggu patient tu keluar..


keadaan agak kelam kabut semalam..pakaian pun bawa yg mana sempat ambil aja..pagi tadi balik rumah dengan umi kejap..kemas2 rumah ambil pakaian baru dan balik semula ke hospital..

alhamdulillah hari ni keadaan abah baik sedikit berbanding dengan semalam..abah dah tak nampak lesu sangat mcm semalam..doktor pun kata abah semakin okay..dlm beberapa hari lagi boleh la balik kot..

aku taktau nak tulis apa lagi..
cuma aku harap abah cepat sembuh..

amin..

No comments: