Perspectives and Expressions

Thursday, July 30, 2009

Buy 1 Free 1..

seperti yang kita semua maklum sekarang ni, virus yang kini sedang meningkat popularitinya iaitu H1N1 atau Buy 1 Free 1(aku panggil virus tu macam tu)..

angka kematian yang disebabkan oleh virus ini semakin meningkat..pada hari ini pun kita dapat lihat berita di dalam akhbar tentang kematian yang disebabkan oleh virus demam selesema Ba Alif Ba Ya(bukan buaya tau) itu..

beberapa kem latihan PLKN juga t'paksa ditutup disebabkan oleh virus ini semakin merebak..
aku harap2 sangatlah virus tu tak akan merebak sampai ke kawasan Kota Damansara ni..tapi sekarang ni, ramai budak2 sekolah aku yang demam..termasuklah adik aku sendiri..tapi Alhamdulillah lah mereka semakin sembuh nampaknya..dan Alhamdulillah juga kerana aku tak demam..

sekarang ni, nak pergi mana2 pun takut..especially, tempat2 yang ramai orang..

aku sepatutnya akan ke Genting Highlands hari sabtu ni..tapi terpaksa cancel plan tu..semuanya gara-gara selesema Ba Alif Ba Ya(bukan juga ayam) tu lah..

haish..dunia sekarang ni dah tak selamat..

so, kepada semua adik2 kakak2 abang2 pakcik-makcik, berwaspadalah..
kalau demam, cepat2 lah pergi klinik..
dan kalau demam tak sembuh2 juga, pergilah ke hospital..buat blood test..
jangan lambat2 dan bertangguh2 untuk ke klinik..

No comments: