Perspectives and Expressions

Thursday, February 18, 2010

oh patut laa..

baru semalam aku pulang dari Swiss Garden, Kuantan..bersama famili, aku pergi bercuti disana dengan tujuan memberi peluang kepada otak dan fikiran ini untuk berehat dari kesibukan duniawi..

sepanjang keberadaan aku disana, waktu petang adalah waktu aku swimming..berenang mengelilingi pool dan tahan nafas dalam air selama 7 minit seperti yang dilakukan oleh Percy Jackson..ok, yang tahan nafas 7 minit itu aku tipu..aku bukanlah anak kepada Poseidon..

seperti biasa, pada suatu petang yang normal, aku keluar dari bilik dan menuju ke swimming pool..bilik aku berada di tingkat 4 iaitu tingkat yang teratas dan swimming pool berada di ground floor..jadi, aku harus menggunakan elevator untuk turun ke bawah..

*ting! , bunyi elevator sudah sampai di tingkat 4..
lalu pintunya terbuka, tiada orang, aku melangkah masuk..

di dalam elevator tersebut, ada sebuah cermin besar yang terletak pada dindingnya..lampu dalam ruangan elevator itu adalah jenis low-light..suram, romantik, dan mengasyikkan..

pintu elevetor tertutup, dan aku terus merenung diriku di dalam cermin sambil menunggu elevator tersebut tiba di ground floor..

1 minit lebih berlalu..
dan elevator masih lagi tidak sampai di ground floor..
perjalanan aku menggunakan elevator kali ini terasa lebih lama berbanding kebiasaannya..

tiba-tiba aku mula menyedari dan memahami situasi sebenar,

"oh patut laa..aku tak tekan butang G(ground floor) lagi rupanya..", sambil menekan butang G..lalu bergeraklah elevator itu turun ke G..

3 comments:

Anonymous said...

Hahaha... ape la lawak sungguh!
lupa nak tekan G patut la lama..
huhuhu...

Anonymous said...

hahaha... hampeh tul ko ni.
ingat apalah, buat suspen jer.
hahahaha!

raihan-yasminna said...

ni la contoh kanak2 sengal buatan malaysia.hehe