Perspectives and Expressions

Tuesday, January 19, 2010

If our mind can conceive it, and our heart can believe it, we know we can achieve it..

you see, our mind is like a magnet..a magnet of life..our mind is so powerful because it has the ability to attract anything and everything around us into our life..if you always think about good things in your life and your heart believes in what you think or say, you will surely attract good things to happen in your life..

and if you keep thinking negatively about your life, beware! because the tendency for negative elements to come into your life is very high..things always happen like we think, my friend..when we think about something, whether it's positive or negative, it's like we're asking for it to happen..


pernah tak lalui situasi dimana kita sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak melakukan kesilapan, but eventually end up with making a lot of mistakes yang kita sangat berharap kita tidak melakukannya..? pernah tak kita terfikir, it's because of we kept thinking about that mistakes, that's why it happened..

that is why we have to becareful when we think about life..
our mind holds the most crucial key to our success, happiness and, achievement in life..

aku pasti semua orang pernah dengar lagu 'Fikirkan Boleh' kan..? mari kita lihat liriknya :

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

lihat dalam lirik tersebut, ada diselitkan tentang minda dan kepercayaan bukan..? setiap apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi kehidupan kita..

jujur aku ingin katakan pada semua disini, sebelum ini, aku hidup penuh dengan ragu-ragu dalam setiap perkara yang aku lakukan, aku paranoid, dan takutkan pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti..

hasilnya..?
setiap apa yang aku lakukan dengan rasa ragu-ragu, tidak berakhir dengan begitu baik :(


tetapi, dalam beberapa bulan yang lepas, aku mulai sedar dan terfikir, 'kenapa semua yang aku takutkan semuanya menjadi..?' dimana salah dan silapnya..? apa yang terjadi, semuanya berada dalam fikiran aku..walaupun sebenarnya aku berharap dan sentiasa memikirkan agar ia tak akan berlaku, tapi akhirnya ia tetap berlaku..aku terfikir lagi, 'adakah ia disebabkan oleh apa yang aku fikirkan..?'

jadi, aku mula bertekad ingin merubah segala pemikiran aku..aku buka minda aku seluas-luasnya..aku mula berfikiran sentiasa positif dan optimis dalam kehidupan seharian..

dan yang paling penting, aku mula meningkatkan kepercayaan aku..kepercayaan pada diri aku sendiri..aku percaya pada peluang diri untuk berubah dan merubah hidup aku..aku percaya bahawa kebaikan akan sentiasa datang dalam hidup aku..kepercayaan yang juga disertakan dengan ikhtiar..dan yang paling penting, aku percaya dan yakin kepada Allah S.W.T akan membantu aku dalam usahaku ini..

dan Alhamdulillah syukur yang tak terhingga pada Allah S.W.T, tidak lama selepas itu, usaha aku mula menampakkan hasil..segalanya kelihatan mula berubah..satu demi satu kebaikan datang dalam hidup aku tanpa disangka-sangka hingga ke hari ini! semuanya terasa sungguh ajaib, apa yang aku fikirkan benar-benar telah mula menjadi realiti..sungguh hebat rasanya..apa yang harus kita lakukan hanyalah dengan memikirkannnya, yakin, dan percayakannya..kita yang harus menguasai minda bukan minda yang menguasai kita..

kawan, mahulah aku ingatkan disini bahawa,
aku bukanlah berkata-kata kosong di ruangan ini..
tidak, aku tidak akan mengatakan semua ini jika aku tidak pernah mengalaminya..
apa gunanya dan dimana baiknya jika aku katakan semua ini jika aku tidak melaluinya..?
mengatakan semua ini tanpa pengalaman..? bodohlah aku jika aku berbuat demikian..
aku telah melaluinya sendiri dan aku ingin kongsikan semuanya disini..
aku fikir, ia adalah sesuatu yang baik dan ada baiknya jika aku kongsikan kebaikan itu dengan semua orang..


currently, everything is just so smooth and beautiful..
Thank You, Allah..

2 comments:

Anonymous said...

i like this entry:)

Razi said...

thank you nadia :)